Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


NABI ADAM A.S


Manusia yang pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t ialah "Adam a.s". Beliau dijadikan daripada tanah, dibentuk berupa manusia dan kemudian ditiup roh ke dalamnya maka jadilah manusia.

Dalam surah Al-Hijr ayat 26, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

(Allah telah jadikan Jin lebih 2000 tahun, sebelum Allah mencipta manusia)

Dalam surah Al-Hijr ayat 27, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Ketika Allah akan menjadikan Adam a.s, Allah berfirman kepada malaikat, sebagaimana yang tersebut dalam Al-Qur'an surah Al-Bakarah ayat 30.

Yang Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Demikianlah kecemasan para Malaikat yang dinyatakan Allah kepada kita, bahawa Malaikat itu takut kalau-kalau mereka (manusia) nantinya menjadi hamba Allah yang suka berbuat ma'asiat dan tidak ta'at dengan perintah Allah.

Manusia di cipta dengan sebaik-baik kejadian (Nabi Adam a.s)

Dalam surah As-Sajadah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian Ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Didalam surah An-Nisaa', ayat 1, Allah Ta'ala berfirman:

Yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 172;

Yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

HADIS NABI S.A.W:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t telah berfirman kepada penghuni Neraka yang paling ringan siksaannya: Seandainya kamu mempunyai dunia yang penuh dengan kelengkapannya, mahukah kamu menebus dirimu dengan semuanya itu? Orang itu menjawab: Ya! Allah s.w.t berfirman lagi: Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang lebih ringan berbanding dengan perkara ini ketika engkau berada di tulang sulbi Nabi Adam, iaitu agar engkau tidak menyekutukan Aku. Aku menyangka engkau melaksanakan permintaan tersebut. Allah s.w.t berfirman: Aku juga tidak akan memasukkan kamu ke dalam Neraka, tetapi kamu ingkar dan tetap menyekutukan aku

* Allah Ta'ala telah mengeluarkan zuriat manusia daripada tulang sulbi Nabi Adam. Dengan ayat dan hadis diatas, nyatalah semua manusia (roh manusia) di cipta oleh Allah Ta'ala daripada sulbi Nabi Adam a.s.

* Setelah Allah menjadikan Adam dengan sebaik-baik kejadian, maka meniaraplah seisi Syurga (Malaikat) bersujut kepadanya (Mereka bersujut kepada Adam sebagai penghormatan kepada Adam di atas perintah Allah), kecuali Iblis yang tidak mahu sujut.

Adapun erti sujut di sini, bukanlah seperti sujut kepada Allah, atau menyerahkan segala jiwa-raga mereka Nabi Adam a.s.

Adakah Nabi Adam a.s itu Nabi atau Rasul atau tidak?

Dalilnya Nabi Adam a.s menerima wahyu adalah secara terus daripada Allah tampa perantaraan. Nabi Adam a.s itu adalah Nabi dan Rasul. Pendapat menyatakan Nabi Adam a.s itu Rasul saja adalah di tolak.

Hadis Nabi s.aw.:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w dibawakan dengan seketul daging, lalu diberikan daging paha tersebut kepada baginda yang sememangnya baginda sangat sukai. Baginda menggigitnya sekali lalu bersabda: Aku adalah pemimpin manusia pada Hari Kiamat. Tahukah kamu apa sebabnya? Pada Hari Kiamat, Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian pada satu kawasan yang luas. Ada penyeru yang memperdengarkan kepada mereka dan ada penglihatan yang mengawasi setiap orang dari mereka. Jarak matahari begitu dekat sehingga manusia pada ketika itu berada pada kemuncak kesusahan dan kepayahan yang amat dahsyat, mereka tidak berkuasa untuk menanggong keadaan tersebut. Sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tidakkah kamu tahu apa yang sedang kamu alami. Tidakkah kamu rasai kepayahan yang telah menimpa kamu? Tidakkah kamu mempunyai pandangan sesiapa yang dapat memintakan syafaat kepada Tuhan kamu? Maka setengah dari mereka mengesyorkan agar menemui Nabi Adam a.s. Maka mereka menemui Nabi Adam a.s lalu berkata: Wahai Adam! Engkau adalah bapa manusia. Allah telah menciptakanmu dengan tanganNya dan meniupkan roh ke dalam dirimu. Dia juga memerintahkan para Malaikat supaya sujud kepadamu. Mintakankah syafaat untuk kami kepada Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang kami alami? Tidakkah engkau melihat kepayahan yang menimpa kami? Nabi Adam a.s berkata: Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat marah, kemarahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan tidak akan terjadi selepas ini. Dulu, aku ditegah mendekati sebatang pokok, tetapi aku menderhakaiNya. Diriku, diriku pergilah kepada orang lain. Pergilah kepada Nabi Nuh a.s. Maka mereka pun pergi menemui Nabi Nuh a.s lalu berkata: Wahai Nuh! Engkau adalah Rasul pertama di atas bumi dan Allah menyebutmu hamba yang banyak bersyukur. Mintakanlah syafaat untuk kami kepada Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang sedang kami alami? Tidakkah engkau melihat apa yang telah menimpa kami? Beliau berkata kepada mereka: Pada hari ini, Tuhanku sangat marah, kemarahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan tidak akan terjadi selepas ini. Dulu aku berdoa dengan doa yang mencelakakan kaumku. Diriku, diriku. Pergilah kamu kepada Nabi Ibrahim a.s. Mereka pun pergi menemui Nabi Ibrahim a.s lalu berkata: Engkau adalah Nabi dan kekasih Allah di antara penduduk bumi. Mintakanlah syafaat untuk kami kepada Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang sedang kami alami? Tidakkah engkau melihat apa yang telah menimpa kami? Nabi Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat marah, kemarahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan tidak akan terjadi selepas ini. Beliau menyebut pembohongan-pembohongannya. Diriku, diriku. Pergilah kamu kepada orang lain. Pergilah kamu kepada Nabi Musa a.s. Maka mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s lalu berkata: Wahai Musa! Engkau adalah Utusan Allah. Allah telah mengutamakanmu dengan risalahNya dan KalamNya, melebihi manusia lain. Mintakanlah untuk kami syafaat kepada Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang sedang kami alami? Tidakkah engkau melihat apa yang telah menimpa kami? Nabi Musa a.s berkata: Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat marah, kemarahan yang belum pernah terjadi dan tidak akan terjadi selepas ini. Dulu aku membunuh orang padahal aku tidak diperintahkan untuk membunuhnya. Diriku, diriku. Pergilah kamu kepada Nabi Isa a.s. Maka mereka pun pergi menemui Nabi Isa a.s lalu berkata: Wahai Isa! Engkau adalah utusan Allah. Engkau telah berbicara kepada manusia semasa engkau masih dalam buaian. Engkau adalah kalimahNya yang Dia sampaikan kepada Mariam dan roh dariNya. Mintakanlah untuk kami syafaat kepada Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang sedang kami alami? Tidakkah engkau melihat apa yang telah menimpa kami? Nabi Isa a.s, berkata: Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat marah, kemarahan yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan tidak akan terjadi selepas ini. Beliau tidak menyebutkan dosanya. Diriku, diriku. Pergilah kepada orang lain. Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maka mereka telah mendatangiku dan berkata: Wahai Muhammad! Engkau adalah Utusan Allah dan penutup para nabi. Allah telah mengampunimu, dosa yang terdahulu dan yang terkemudian. Syafaatilah kami di hadapan Tuhanmu. Tidakkah engkau melihat apa yang sedang kami alami? Tidakkah engkau melihat apa yang telah menimpa kami? Akupun berangkat. Sesampainya di bawah Arasy, aku merebahkan diri bersujud kepada Tuhanku. Kemudian Allah membukakan kepadaku dan memberiku ilham, berupa puji-pujian bagiNya dan sanjungan kepadaNya, sesuatu yang tidak pernah dibukakan kepada seorangpun sebelumku. Kemudian difirmankan: Wahai Muhammad angkatlah kepalamu. Mintalah, engkau pasti diberi. Berikanlah syafaat, syafaatmu diterima. Aku mengangkat kepala sambil berkata: Wahai Tuhanku. Umatku, umatku. Maka Allah berfirman: Wahai Muhammad. Masukkanlah umat-umatmu yang tidak harus dihisab ke dalam Syurga melalui pintu sebelah kanan di antara pintu-pintu Syurga. Mereka juga boleh masuk bersama orang lain iaitu ahli Syurga yang bukan termasuk golongan di atas dari pintu-pintu lain. Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad Sesungguhnya jarak antara dua pintu Syurga itu, sama dengan jarak antara Mekah dan Hajar sebuah Kota di Bahrain atau sama dengan jarak antara Mekah dan Busyra dekat Damsyik

Dimanakah Nabi Adam a.s duduk (tinggal) pada asalnya?

Di dalan Syurga - Jaratul khuldi

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 35:

Yang bermaksud: Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 118 & 119, yang bermaksud:-

Yang bermaksud: "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".

Nabi Adam a.s. mempelajari bermacam ilmu

Sesaorang yang akan menjadi khalifah (pemimpin) tentulah harus mempunyai ilmu yang banyak dan jika tidak demikian halnya, maka tentulah orang itu tidak dapat memimpin darinya sendiri. Maka kepada Adam, Allah memberikan beberapa pelajaran dan pertunjuk sehingga ia menjadi orang yang pandai.

Allah berfirman dalam surah Israa ayat 85:

Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan kepada kamu (manusia) sedikit sahaja".

Setelah Nabi Adam a.s mengetahui nama-nama segala benda yang ada di sekitarannya, maka Allah menghimpunkan para Malaikat dan bertanya kepada mereka tentang benda-benda itu.

Sujut Malaikat: maha suci Allah, tidaklah kami mengetahui segala sesuatu, selain apa yang telah diajarkan kepada kami".

Allah berfirman dalam surah Baqarah ayat 31 hingga 33:

Yang bermaksud: Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Oleh itu janganlah kita sampai tertipu oleh persangkaannya sendiri, hingga kebanyakan suka menanyakan soal-soal ghaib kepada orang-orang yang di anggap keramat dan sebagainya. Barangsiapa berbuat demikian, maka baginya dosa yang besar, sebab telah menpersekutukan Allah.

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN PEDOMAN KHALIFAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN KHALIFAH