Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


SAMBUNGAN NABI ADAM A.S


Diciptakannya Siti Hawa oleh Allah s.w.t

Di sebabkan Nabi Adam a.s hidup seorang tampa teman (isteri) di Syurga, maka beliau merasa kesepian. Kerana itu Allah menjadikan seorang teman baginya yang bernama "Hawa"

Allah berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 21:

Yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Allah peringatan kepada Nabi Adam a.s.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 116 & 117:

Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

Nabi Adam a.s dan Siti Hawa diperdayakan Syaitan.

Larangan Allah kepada Adam dan Hawa tentang tidak diperbolehkannya mendekati pohon kayu Khuldi, di ketahui oleh syaitan. Kerana itu, dia berusaha sedaya upaya untuk memperdayakan kedua suaimi isteri itu, agar keduanya suka memakan buah larangan itu.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 120 & 121:

Yang bermaksud: Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 36:

Yang bermaksud: Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)"

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 20 hingga 22 :

Yang bermaksud: Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua". Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 23 hingga 25 :

Yang bermaksud: Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)". Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".

Setelah terpedaya dan disesatkan oleh Iblis Nabi Adam a.s memohon taubat daripada Allah kerana terlupa dengan perintah Allah, dan taubatnya di terima oleh Allah.

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 122:

Yang bermaksud: Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Kemudian Tuhannya memilihnya dengan di beri taufiq untuk bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya serta pertunjuk.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 37:

Yang bermaksud: Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Dalil menyatakan Nabi Adam a.s lupa pada Perintah Allah.

Yang sebenarnya Nabi Adam a.s bukan melanggar perintah Allah, tetapi ia terlupa.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 115, yang bermaksud:-

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Allah memerintah Nabi Adam a.s turun (keluar) dari Syurga dan menjadi Khalifah di bumi (dunia).

Allah berfirman dalam surah Taha, ayat 123:

Yang bermaksud: Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah , ayat 38:

Yang bermaksud: Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Syaitan di singkir dari Syurga.

Allah berfirman dalam surah Baqarah ayat 34:

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Disebabkan Iblis tidak mahu sujut kepada Nabi Adam a.s, maka Allah berfirman, sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran surah Al-Hijr ayat 32 hingga 35:

Yang bermaksud: Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?". Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya". Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 27, sebagi rujukan dan peringatan.

Yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Semenjak itu bangsa Jin tidak boleh tinggal lagi di dalam Syurga.

Syaitan memohon supaya panjang umut.

Setelah syaitan terusir dari syurga dan mendapat kutukan Allah s.w.t atas perbuatannya yang engkar perintah Allah, maka syaitan memohon kepada Allah agar ia diberi kesempatan (panjang umur) untuk membalas sakit hatinya terhadap Nabi Adam a.s.

Allah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 36 hingga 40:

Yang bermaksud: Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. "Hingga ke hari - masa yang termaklum". Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Allah memperkenankan permintaan Iblis itu, seperti yang dinyatakan didalam surah Al-Hijr ayat 41 hingga 44:

Yang bermaksud: Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu). "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu.

Dengan keterangan itu, jelaslah bagi kita bahawa syaitan itu adalah musuh yang sangat nyata bagi manusia, maka waspadalah tentang godaan syaitan.

Perkahwinan di zaman Nabi Adam a.s

Siti Hawa mempunyai anak ramai dan setiap kali beranak kembar sahaja. Kerana pada waktu itu manusia belum ramai, maka perkawinan tentulah dengan saudara kandung sendiri, asal jangan dengan yang sama-sama dilahirkan (kembar). Hal yang demikian itu terjadi di antara putra-puteri Nabi Adam a.s yang bernama Iqlima, seorang wanita tercantik rupa paranya, bersama lahirnya dengan Qaabiil dan ada pula seorang wanita yang bernama Labuda, bersama lahir dengan saudaranya Haabiil.

Menurut hukum pada masa itu, Qaabiil harus kawin dengan Labuda dan Haabiil harus kawin dengan Lqlima. Rupanya peraturan ini tidak diterima baik oleh Qiabiil dan ia tetap ingin menikahi saudaranya Iqlima, sebab Iqlima ini lebih cantik daripada Labuda.

Nabi Adam a.s tetap mempertahankan hukum Allah, supaya Iqlima berkawin dengan Haabiil. Akhirnya Qaabiil menolak keputusan itu dan diserahkan kepada Allah s.w.t dengan jalan kurban.

Allah berfirman dalam Al -Maa'idah ayat 27 hingga 30, sila rujuk untuk mengetahu tafsirannya.

Yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim". Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Tetapi hawa-nafsu Qaabiil selalu hendak membunuh saudaranya Haabiil itu lalu dibunuhnya. maka ia termasuk golongan yang rugi. Setelah Haabiil di bunuh oleh Qaabiil, maka Qaabiil pun merasa bingung bagaimana cara menyelenggarakan mayat saudaranya itu.

Allah berfirman dalam Al -Maa'idah ayat 31, sila rujuk untuk mengetahwi tafsirannya.

Yang bermaksud: Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Wafat Nabi Adam a.s

Nabi Adam a.s Wafat dalam usia seribu tahun dan setahun kemudian meninggal pula Siti Hawa. Sebagai riwayat menyatakan bahawa Nabi Adam a.s di kuburkan di tanah India (Hindustan). Allah telah mengutuskan Malaikat untuk mengkebumikan beliau dan Siti Hawa di negeri Mekkah atau Jedah yang bermaksud nenek.

SEMUGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG DINYATAKAN DIATAS DAN SAMPAIKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MAHU BERINGAT

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN MAULUD )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN MAULUD