Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


PEDOMAN DIRI


Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah dan hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah, laksanakan lah apa yang ditunjukan oleh Nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ingatlah kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua tempat yang kekal untuk selama-lamanya. Janganlah kita hanya mengumpul harta dunia, hingga terlupa mengumpul harta untuk akhirat. Ingatlah di akhirat nanti ada syurga dan ada neraka, kerana seksaan Allah itu amatlah berat dan pedih.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 7

Yang bermaksud: Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imraan ayat 85.

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Janganlah kita menjadi orang-orang yang menyasal dikemudian hari, kerana kesal di akhirat ianya tidak mendatangkan kebaikan kepada kita, dari itu biarlah kita menyasal di dunia ini dan ingatlah akan janji-janji Allah. Jangan lah kita terpedaya dengan lemah lembut Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'min ayat 11.

Yang bermaksud: Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"

Allah berfirman dalam surah Al-A'raa' ayat 44.

Yang bermaksud: Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

Allah berfirman dalam surah An-Naazi'aat ayat 31hingga 40.

Yang bermaksud: Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya). (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabuut ayat 64 & 65.

Yang bermaksud: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imraan ayat 31.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 38.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Hadis Rasulullah s.a.w: Tidak sia-sia bagi orang yang beristikarah dan tidak menyesal bagi orang yang bermusyarat.

Ingatlah di akhirat nanti Allah akan menyuruh kita membaca sendiri surat amalan kita. Allah Maha Adil, Ia tidak menzalimi manusia, melainkan manusia itu sendiri telah menzalimi diri mereka sendiri. Allah telah megiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagi nabi untuk memberi peringatan, amaran, tunjuk ajar, serta janji-jangi Allah kepada umat manusia seluruhnya hingga kehari perhitungan (Hari kiamat).

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 14.

Yang bermaksud: (Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amal)mu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)".

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam 153.

Yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 44.

Yang bermaksud: Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Allah berfirman dalam surah Asy-Syuraa 13.

Yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 108.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain ."

Huraian ayat 108 surah Yusuf:

  1. Aku menyaru (Seruan Allah)
  2. Memberi penerangan yang jelas, tampa menyambunyikan sesautu pun, mengikut kehendak Allah.

  3. Aku - Sebagai pemimpin, pemimpin yang benar-benar mengikut Nabi Muhammad s.a.w.

  4. Dan pengikut-pengikut ku, adalah pengikut yang mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

  5. Maha Suci Allah - pastikan apa yang kita lakukan mesti bersih ( tauhid) dari segala kekotoran.

  6. Tegas pemimpin - mengikut kehendak Allah.

Hadis Rasulullah s.a.w: Dua ekor singga/serigala lapar, apabila dilepaskan kekandang kambing adalah amat bahaya, tetapi ada lagi yang lebih bahaya dari singga iaitu manusia yang tamak pada harta, kedudukan, jawatan ianya sangat bahaya pada agama. ( Riak dan tamak pada jawatan).


* BERINGATLAH WAHAI SEKELIAN MANUSIA *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN TAUBAT )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN TAUBAT