Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  



CATIT & BISIKAN HATI


Tidak perlu kita takut kepada mati. Selagi kita bertaqwa kepada Allah dan mengikut ajaran yang di tunjukan oleh Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Tetapi jika sebaliknya ingatlah janji Allah yang menyadiakan azab yang pedih. Ingatlah di akhirat nanti ada syurga dan neraka.

SEMUA PERBUATAN MANUSIA AKAN DI TULIS/CATIT

Semua perbuatan manusia, sama ada perkara yang dilakukan itu perkara yang baik atau sebaliknya. Gunanya catitan itu ialah, untuk menyatakan siapa yang telah melaksanakan perintah Allah atau sebaliknya dan balasanya adalah syurga atau pun nerraka. Tidak ada suatu perkatan atau perbuatan yang tidak dicatitkan, semuanya terang dan nyata, ianya akan ditunjukan dimakamah Allah diakhirat nanti. Bukan itu saja Allah juga mengetahui apa yang dibisikkan didalam hati sekalipun. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalannya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, dan ia akan pergi kepada keluarganya yang beriman dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kiri, dari sebelah belakangnya. maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.

Mari kiat sama-sama merujuk akan ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman dan peringatan kita bersama.

Allah berfirman dalam surah Al-Infitaar ayat 10, 11,12, 13 & 14.

Yang bermaksud: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Allah berfirman dalam surah Qaaf ayat 18.

Yang bermaksud: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Allah berfirman dalam surah Yaasin ayat 12.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

Allah berfirman dalam surah Al-Insyiqaaq ayat 6 hingga 11.

Yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, - Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

Hadis Rasulullah s.a.w. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Safuan bin Muhriz r.a katanya: Seorang lelaki bertanya Ibnu Umar: Apakah sabda Rasulullah s.a.w semasa kamu berdua-duaan dengannya? Ibnu Umar menjawab: Aku mendengar baginda bersabda: Pada Hari Kiamat Allah s.w.t menaungi orang mukmin berhampiran denganNya. Allah meminta pengakuan terhadap dosa yang dilakukan dengan berfirman: Adakah kamu tahu? Orang mukmin menjawab: Aku tahu, wahai tuhan. Allah s.w.t berfirman: Aku telah menyembunyikannya untukmu di dunia dan sekarang Aku mengampunkannya untukmu. Lalu diberikan catatan kebaikannya. Sedangkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dipanggil mengikut nama masing-masing. Mereka itulah orang-orang yang mendustakan Allah

Allah berfirman dalam surah Yunus di akhir ayat 61.

Yang bermaksud: Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

Allah berfirman dalam surah Al-Infitaar ayat 10, 11 & 12.

Yang bermaksud: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Allah berfirman dalam surah Faatir ayat 10.

Yang bermaksud: Sesiapa yang mahukan kemuliaan maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah, kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik dan amal yang solih pula diangkatnya naik. Dan sebaliknya orang-orang yang merancangkan kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka akan rosak binasa.

Allah berfirman dalam surah Az-Zalzalah ayat 1 hingga 8.

Yang bermaksud: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebaikan kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (didalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (didalam surat amalnya)!

* * * * * * * * * * * * * ~*~ * * * * * * * * * * * * *

ALLAH TAHU WALAUPUN BISIKAN HATI MANUSIA

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.

Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman dalam surah Qaaf ayat 16.

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Allah berfirman dalam surah Al-Mujaadalah ayat 7.

Yang bermaksud: Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku bisikan antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Hadis Rasulullah s a w. Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.

Allah berfirman dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 110.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).

Allah berfirman dalam surah A- Li 'Imran ayat 7.

Yang bermaksud: Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Allah berfirman dalam surah An-Naas ayat 1 hingga 6.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Allah berfirman dalam surah A- Li 'Imran ayat 119.

Yang bermaksud: Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Allah berfirman dalam surah Hud ayat 31.

Yang bermaksud: Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim".

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 179.

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Allah berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 70.

Yang bermaksud: Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 25.

Yang bermaksud: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 9 & 10.

Yang bermaksud: Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya). Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.

BERINGATLAH WAHAI ANDA SEMUA, FAHAMILAH APA YANG DI BACA DAN SAMPAIKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MAHU BERINGAT.


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN MATI )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

MATI