Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


ALAM DUNIA (ALAM SEMENTARA )


Alam yang paling penting bagi kita semua. Di alam inilah tempat di mana akan menentukan sama ada kita berjaya memasuki syurga Allah atau sebaliknya.

Dunia adalah setiap perkara yang boleh nampak, yang boleh disentuh, yang boleh di pegang, yang boleh dirasa dan yang boleh di miliki adalah dunia. Semuanya ini adalah perhiasan dan permainan saja dan bersifat sementara. Bagaimanpun Akhirat itu adalah sebaliknya.

Tujuan kita dihidupkan di dunia semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Kehidupan di dunia hanyalah sementara, akhirat jua tempat kekal selama-lamanya. Tidaklah kehidupan di dunia ini hanyalah keseronokan yang penuh dengan tipu daya. Jika kita dapat menghindar daripada neraka dan dimasuk kedalam syurga, itulah orang yang berjaya. Hendaklah kita jadi anak akhirat, jangan sesekali kita jadi anak dunia. Setiap manusia mempunyai pengikut di dunia dan di akhirat. Buatlah kerja di dunia untuk saham di akhirat kerana akhirat nanti ada perhitungan.

Sangat rugi jika saorang itu, sentiasa merasa dirinya berjaya dan cinta kepada dunia. Biarlah kamu berpenat (beribadat) di dunia tetapi senang diakhirat. Janganlah kita berpenat mengajar dunia sehingga terlupa membina (menyadiakan bekalan ) untuk akhirat, janganlah kita berpenat di dunia dan berpenat di akhirat. Tiada erti kaya memiliki banyak harta kekayan didunia ini, tetapi menjadi muhflis di akhirat.

Kita lihat dalam Al-Qur'an berhubung dengan Alam Dunia, yang difirmankan oleh Allah diantaranya:-

Allah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56,

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Didalam surah An-Nisaa' ayat 1, juz kelapan, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Allah berfirman dalam surah Al-'Imraan, ayat 85, juz ketiga.

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Allah berfirman dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 98.

Yang bermaksud: Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.

Allah berfirman dalam surah Al-'Imraan, ayat 14 & 15, juz ketiga.

Yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

Allah berfirman dalam surah Hud ayat 15 & 16 juz kesebelas.

Yang ber maksud : Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 18, 19 & 20, juz kelima belas.

Yang bermaksud : Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).

Allah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 77, juz ketujuh belas.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Allah berfirman dalam surah Asy-Syuura ayat 20 juz keduapuluh lima.

Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah Al-Qasas, ayat 76 & 77, juz keduapuluh.

Yang bermaksud : Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Allah berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 38, juz kesepuluh.

Yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 177.

Yang bermaksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minun ayat 1 hingga 11.

Yang bermaksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya berjaya orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janginya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Allah berfirman dalam surah As-Saaffat ayat 60 & 61.

Yang bermaksud: Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat 70 & 71.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 72.

Yang bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar

Allah berfirman dalam surah Al-Fat-h ayat 3 ,4 & 5.

Yang bermaksud: Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka).

Hadis Rasulallah s.a.w.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w disuruh untuk memberikan pilihan kepada isteri-isterinya, baginda mulai dengan aku. Baginda bersabda: Aku akan menyampaikan sesuatu kepadamu dan aku harap kamu tidak terburu-buru mengambil suatu keputusan sebelum kamu pertimbangkan dengan kedua orang tuamu. Kata Aisyah r.a aku sudah tahu bahawa kedua orang tuaku sama sekali tidak menghendaki berpisah dengan baginda apatah lagi menyuruhku. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia berfirman: Yang bermaksud: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu sekalian inginkan kehidupan dunia dan segala perhiasannya, maka marilah akan kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik dan jika kamu sekalian inginkan keredaan Allah dan RasulNya serta kesenangan di negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar. Aku berkata: Jadi tentang soal inikah aku disuruh untuk meminta pertimbangan daripada dua orang tuaku? Sesungguhnya aku menghendaki Allah dan RasulNya serta kesenangan di negeri Akhirat. Ternyata isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang lain juga mengikuti apa yang aku lakukan itu,

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t telah berfirman kepada penghuni Neraka yang paling ringan siksaannya: Seandainya kamu mempunyai dunia yang penuh dengan kelengkapannya, mahukah kamu menebus dirimu dengan semuanya itu? Orang itu menjawab: Ya! Allah s.w.t berfirman lagi: Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang lebih ringan berbanding dengan perkara ini ketika engkau berada di tulang sulbi Nabi Adam, iaitu agar engkau tidak menyekutukan Aku. Aku menyangka engkau melaksanakan permintaan tersebut. Allah s.w.t berfirman: Aku juga tidak akan memasukkan kamu ke dalam Neraka, tetapi kamu ingkar dan tetap menyekutukan aku.

Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pada suatu hari keluar untuk menyembahyangkan seorang tentera Uhud yang meninggal dunia. Kemudian baginda naik ke atas mimbar dan bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu. Aku akan menjadi saksi kamu. Demi Allah, sesungguhnya sekarang ini aku sudah dapat melihat telagaku. Sesungguhnya aku telah diberi kunci gedung-gedung di bumi atau kunci-kunci bumi. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak merasa takut kamu akan kembali musyrik setelah peninggalanku, tetapi aku takut kamu akan berlumba-lumba dalam kehidupan dunia.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian sutera di dunia, maka dia tidak akan memakainya di akhirat kelak.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

SILA TEKAN BERIKUT UNTUK DI SAMBUNGKAN TERUS KE ALAM BARZAKH

Asaspedoman

* A M I N *

ALAM BARZAKH