- Sesiapa taat kepada Ku ( Nabi Muhammad s.a.w. ) maka ia ta'at kepada Allah.
Orang yang bijak ialah sesaorang yang menghitungkan (menilai) dirinya serta ia beramal dan amalan yang dibuat untuk selepas mati.
Orang yang bodoh, mereka yang mengikut dirinya (mengikut keinginan hawa nafsunya) dan beranggan-anggan pada Allah.
Orang yang beriman ialah tempat berjinak. Sebaliknya tidak ada kebaikan dan tidak boleh berjinak dan keperluan daripadanya.
- Kekayaan ini akan menimbulkan sifat berpura-pura di dalam hati seperti mana air menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya, akan keutamaan bulan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu sepatutnya menjadi bulan Ramadhan.
Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari setiap bulan, menjauhkan fikiran jahat daripada hati (membersihkannya).
Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah ALHAMDULILLAH.
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dunia ini hanyalah
tempat tinggal sementara saja, akhirat jua tempat tinggal untuk selama-lamanya.
- Siapa yang kasih kepada Allah, dia akan kasih orang yg Allah kasih.
Siapa yang kasih orang yang Allah kasih, maka dia akan kasih kepapada amalan orang yang Allah kasih.
Barang siapa yang kasih kepada amalan orang yang Allah kasih, maka Allah akan kasih akan dia, hingga tiada orang yang mengasihi akan dia dan mengenalinya.
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi kepada hati-hati kamu.
Siapa yang menunjukan kepada kebaikan, dia memperolehi pahala sebanyak orang yang memperbuatnya. (iaitu membuat kebaikan itu).
Sesaorang yang berbicara akan sesuatu tampa menghiraukannya sedikitpun, walahal dengan kerananyalah ia akan dilemparkan ke dalam
neraka jahanam.
Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa takbur (rasa besar hati) meskipun sebesar atom.
Tidak beriman seseorang kamu melainkan bila aku (Rasulullah) lebih dicintainya dari bapanya, anaknya, dirinya dan seluruh manusia.
Solat itu merupakan tiang agama, maka barang siapa yang
menegakkan -nya bererti telah menegakan agama dan barang siapa
yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agama.
Apakah hak-hak ibubapa?. Baginda menjawab: Mereka adalah
jannahmu dan jahannammu, yakin kesukaan mereka akan membawamu kesyurga sebaliknya kemarahan mereka mengheretmu ke neraka.
Apabila seorang anak yang taat melihat dengan perasaan kasih
sayang dan cinta terhadap kedua ibubapanya, ganjaran bagi pandangan yang sedemikian ialah sama dengan haji yang makbul.
Kamu hendaklah perintahkan orang-orang supaya berbuat baik
dan menegah dari perkara-perkara yang mungkar, kalau tidak Allah akan menurunkan azap yang pedih ke atas kamu dan doa kamu tidak akan diterima olehNya.
- Umur umatku akan datang adalah diantara 60 hingga 70 tahun
sahaja, sebaliknya adalah sedikit bilanganya.
Barang siapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di
hadapannya maka hendaklah dia menegahnya dengan tanganya, jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya dan jika dia tidak dapat berbuat demikian maka hendaklah dia
merasa benci didalam hatinya dan ini adalah Iman yang selemah-lemahnya.
Barang siapa membenci maksiat di dalam hati sajapun, ia
adalah seorang yang benar-benar beriman. (Tetapi adalah iman
yang paling lemah ).
Hendaklah kamu berzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang menyatakan kamu gila dan orang-orang munafik mengangapkan kau ahli ria.
Nabi S.A.W. bersabda: Sejuk pandangan mataku ialah dalam bersolat.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
a. Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, dia akan diberi makan di hari kiamat di padang mahsyar ketika mana tidak makanan yang akan dimakan danterlalu sangan lapar.
b. Siapa yang memberi pakaian kepada orang yang bertelanjang (tiada berbaju) maka Allah akan beri pakaian kepadanya dipadang Mahsyar ketika mana tiada seorang pun yang berpakaian.
c. Siapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya, maka dia akan dipimpin oleh orang buta dengan tangan kanannya di hari kiamat di padang Mahsyar.
Setiap kesulitan yang menimpa seorang muslim, maka hal itu
bisa jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana tersusuk
duri.
Aku diminta dibukakan pintu syurga, maka bertanyalah penjaganya `Siapa anda ?' Jawabku `Muhammad' lalu ia berkata `Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukanya (pintu syurga) untuk seseorang pun sebelum engkau?.
Tanda iman adalah mencintai (para sahabat) Ansar dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar.
Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi bersolat) di masjid.
- Allah menolak taubat mereka yang membunuh orang mukmin.
Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya.
- Mulakanlah sedekah itu dengan orang yang menjadi tanggunganmu.
Bergembiralah kamu dan orang-orang di belakangmu, bahawa sesungguhnya barang siapa bersaksi tiada Tuhan selain Allah dengan benar tampa kesaksiannya ia masuk syurga.
Pekara haram yang paling dimurkai oleh Allah adalah talak.
Laki-laki yg paling dimurkai Allah adalah yang bengis, yang suka bermusuhan.
Abu Bakar dan Umar adalah pemimpin-pemimpin orang-orang tua, ahli syurga dari yang mula-mula dan yang akhir-akhir selain para Nabi dan Rasul.
Jibril telah datang kepadaku menyampaikan khabar gembira ` Sesungguhnya barang siapa dari umatku mati (dengan) tidak mempersekutukan sesuatu kepada Allah dia masuk syurga.
Barangsiapa dari umatku membaca selawat atasku satu kali Allah menetapkan sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat.
Barang siapa mendirikan rumah ibadah (masjid) bagi Allah menjaga kebersihannya, maka Allah akan menyediakan sebuah rumah di syurga bersama seorang bidadari.
- Mimpi yang paling tepat/benar pada waktu sahur.
- Allah beri keberatan pada orang yang bersahur .
Mencari rezki yang halal suatu yang difardukan, setelah ditunaikan suatu fardu yang pertama.
- Sesuatu yang sedikit dan mencukupi lebih baik dengan sesuatu yang banyak dan melekakan.
- Tuntutlah ilmu dari buaiyan hingga akhir hayat/liang lahat.
- Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan mudahkannya jalan kesyurga.
- Menuntut ilmu satu kefarduan.
Celakalah mereka, sesiapa yang datang dan perginya Ramadhan tampa mendapat keampunan.
Orang yg beriman, dia adalah seperti seorang lelaki jika mengadu matanya, seluruh anggota badan akan membantu. Dan jika mengadu sakit kepala, seluruh badan akan mengadu sakit.
Orang yang bijak ialah orang yg sentiasa selalu beringat berkerja untuk akhirat dan orang yang lalai/rugi adalah orang yang lupa meyadiakan bekalan untuk akhirat.
Barang siapa yg matinya mensaksi hak dunia, Allah Taala akan jadi kan ia miskin dimata (sisi) Allah.
Barang siapa hendak memulakan sesuatu dengan niat untuk akhirat, Allah Taala akan jadikan ia kaya dalam hatinya.
Ada tiga tanda orang munafik:
1. Apabila berbicara ia berdusta
2. Apabila berjanji ia mungkar
3. Apabila dipercayai ia berkhianat
- Didunia ini, anak Adam benci 2 perkara.
a. Berani kepada mati-mati lebih baik daripada kita difitnah.
b. Benci kepada sedikit harta - pada hal harta sedikit hisab di akhirat.
- Manusia diakhirat akan ditanya, dimana ketika kamu sihat dan air apa yang kamu minum.
Datangilah ladangmu (isterimu) sebagimana kamu suka, berilah ia makan apabila engkau makan, berilah ia pakaian, jangan engkau menghinanya atau memukulnya.
- Datanglah undangan apabila kamu diundang.
Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaiton, sesunguhnya ia di keluarkan dari kayu yang diberkati.
Bermula kebaikan ialah cantik akhlak dan dosa sesuatu yang membimbangkan (menakutkan) dalam diri engkau dan kamu tidak suka bahawa perkara yang dibuat diketahui orang.
- Fasik itu adalah helang, tikus, kala jengking dan anging gila.
- Apabila sesaorang yang sembahyang tiada sembahyang selepas itu.
Apabila sesaorang mengetahui siapa dikiri dan dikanan ketika ia sembahyang, akan rosaklah sembahyangnya.
Andai kata sesaorang itu sembahyang sedang ia mengantuk, berhentilah sembahyang itu.
Ketika sembahyang janganlah kamu menguwap, menguwap ketika sembahyang perbuatan ganguan syaitan.
Sesungguhnya sembahyang itu mengelakan daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil (kejahatan/kemungkaran).
Tiada erti kaya memiliki harta, banyak kebun tetapi yang kaya sesungguhnya ialah kaya jiwa.
Tidakkah dua ekor singa lapar dimasukan kedalam kandang kambing sangat bahaya. Adalah lebih bahaya orang-orang berpangkat dan berharta dan mencintainya daripada akhirat.
Buat perkara baik jangan bertangguh-tangguh kerana mati itu datang mengejut. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan lemah lembut Allah.
- Aku benci kepada orang munafik tetapi hendaklah kamu bersabar.
Apabila kamu merasa terbuku di dalam hati, hendaklah sembahyang sunat Istikarah 7 kali.
- Tiap-tiap manusia dijadikan secara mudah oleh Allah.
- Ibubapalah guru yang pertama mendidik anak-anak.
Tunaikan amanah kepada orang-orang mempercayaimu dan jangan engkau mengkhianat orang yang mengkhianatimu.
- Pendekkanlah misai-misai kamu dan biarkanlah janggut-janggut.
Dihalalkan memakai emas dan sutera bagi kaum perempuan umatku dan diharamkan atas kaum lelaki.