Make your own free website on Tripod.com

Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


KERJA-KERJA HATI

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minnun ayat 78.

Yang bermaksud: Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Mengikut pembahagian ulama-ulama. Kerja-kerja hati mengandungi 24 cabang:

(Diriwayatkan Al Bukhri dalam kitab Al-Iman bab Perkara-perkara Agama dan diriwayatkan Muslim dalam Kitab Al-Iman juga, bab Pecahan Iman bernombor (35) dari hadith Abu Hurairah r.a)

1. Beriman kepada Allah s.w.t. 13. Beriman adanya Hisab
2. Beriman dengan zat dan
    sifatNya
14. Beriman adanya Mizan
       (timbangan)
3. Tauhid kepadaNya
    sesungguhnya tiada yang lain
    seumpamaNya.
15. Beriman adanya Titian Sirat.
4. Iktiqad huduth (baharu) semua
    yang lain selainNya.
16. Beriman adanya Syurga dan
       Neraka.
5. Beriman kepada Malaikat. 17. Kecintaan kepada Allah s.w.t.
6. Beriman kepada Kitab-
    kitabNya.
18. Sayang dan marah kerana
       Allah s.w.t.
7. Beriman kepada Para
     RasulNya.
19. Cinta kepada Rasulullah s.a.w.
8. Beriman kepada QadarNya,
     baik maupun buruk.
20. Memuliakan Rasulullah s.a.w.
9. Beriman kepada Hari Akhirat. 21. Salawat ke atas Rasulullah
       s.a.w.
10. Beriman kepada soal jawab
      dalam kubur.
22. Mengikut Sunnah Rasulullah
       s.a.w.
11. Beriman kepada hari kiamat
      (kebangkitan)
23. Ikhlas : Termasuk di dalamnya
       meninggalkan riya', redha dan
       nifaq, tabah, khauf (Takut),
       raja' (berharap), syukur,
       penuhi janji, sabar, redha
       dengan qadha', tawakkal dan
       rahmah.
12. Di himpun di Padang Mahshar
      (kembali)
24. Tawaddhuk : Termasuk di-
       dalamnya memuliakan yang
       tua, kasihan belas kepada
       yang muda, tinggalkan
       takabbur dan ujub, tinggalkan
       hasad, tinggalkan iri hati,
       tinggalkan perkauman.

CABANG YANG PERTAMA : Beriman kepada Allah s.w.t.

Beriman kepada Allah s.w.t. kerana beriman pekada Allah itu ialah asal dan yang lain adalah ikutan sahaja. Hendaklah kita beriktiqad (yakin) Allah itu ada, Allah itu satu dan Maha Kuasa. Allah ta'ala bersifat dengan sempurna.

Dalil: Allah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 62.

Yang bermaksud: Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Beriman kepada Allah s.w.t., Malaikat, Kitab-kitabNya, Para RasulNya dan Hari Akhirat :

Dalil: Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 136.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w.), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

CABANG KE DUA : Beriman kepada zat & sifat Allah s.w.t.

TAKRIF IMAN:

Berkata kebanyakan ulama tauhid dan ahli sunnah wal jamaah dan lain-lain lagi bahawa iman itu ialah:

(Membenarkan dengan sungguh-sungguh putus (sepenuh) tidak goyang dan sebenarnya dengan hati terhadap semua yang datang dari Allah dan RasulNya (membenarkan semuanya) berserta kepatuhan yang sebenar).

(Berserta dengan peraturan dan terikat, setiap perkara yang datang dari Allah dan RasulNya) Dan makna beriman kepada Allah ialah iktiqad yang putus dan membenarkan bahawa Allah itu Wujud, Esa tidak sekutu, bersifat dengan segala kesempurnaan, suci daripada segala kekurangan yang mungkin ada dalam kotak fikiran. Kita beriman dengan apa yang Allah sifatkan diriNya denganNya dan dengan apa yang disifatkan oleh NabiNya s.a.w. sepertimana yang datang daripada Al-Quran dan As Sunnah mengikut yang disebutkan oleh Allah dan RasulNya, dengan tidak memperumpamakan (tasybih) atau menidakkan adanya sifat itu (talthil). Kita juga mensucikan Allah dari segala yang baharu, Kita meninggalkan takwil-takwil.

Antara dalil cabangan ini, Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 132.

Yang bermaksud: Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 285.

Yang bermaksud: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya" . Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Adakah anda percaya apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ?. Kita wajib yakin tampa ragu-ragu apa-apa yang datangnya daripada Allah dan apa yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sepertimana kita beriman dengan semua yang datang dariapa Allah dengan sifat kesempurnaan-Nya sesuatu pada zatNya dan sifatNya dan afalNya (perbuatanNya).

CABANG KE ENAM : Beriman Kitab-kitabNya.

Allah berfirman dalam surah Saad ayat 29.

Yang bermaksud: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 90.

Yang bermaksud: Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Rasulullah s.a.w bersabda : Satu malam di malam Lailatulqadar, lebih daripada seribu bulan (60 tahun).

Allah berfirman dalam surah Asy-Syuura ayat 11.

Yang bermaksud: Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiran)Nya, dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Allah berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 65.

Yang bermaksud: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Kita juga beriman bahawa alam ini adalah semua yang lain daripada Allah yang bersifat mutaghayyir (berubah) dan setiap yang berubah itu baharu yang dibaharukan oleh Allah Ta'ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:

  1. Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad (amalan perbuatan) seluruhnya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasadnya, itulah qalb (hati).

  2. Sesungguhnya Allah tidak melihat wajah dan jasad kamu tetapi melihat hati-hati kamu.

  3. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga sempurna hatinya dan tidak sempurna hatinya sehinggalah sempurna lidahnya.

IMAN DAN AMANAH.

Rasulullah s.a.w bersabda: Ulama itu mempusakai Para Ambiak

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11.

Yang benar: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Bagi kamu wajib bangun malam, kerana bangun malam itu makan minum orang-orang yang soleh.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya mendirikan sembahyang malam. Apabila baginda melakukan sembahyang witir baginda akan bersabda: Bangunlah! Lakukanlah sembahyang witir, wahai Aisyah!

* Allah Ta'ala bersifat dengan sempurna. Suci daripada kekotoran dan apa saja yang terlintas di hati kita bukan Allah. Kita wajib beriman dengan sifat Allah yang tersendiri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

CABANG KE TUJUH : Beriman Pada Rasul-RasulNya.

Agama Islam percaya pada semua Nabi dan Rasul-rasul, wajib beriman pada semua.

Dalil: Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 150-152.

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: "Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain", serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 55.

Yang bermaksud: Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 253.

Yang bermaksud: Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

CABANG KE LAPAN : Beriman kepada Qadak dan Qadar Allah, baik maupun buruk.

Satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah yang kita tidak ketahui. Satu rahsia yang amat sulit yang tidak di beritahu kepada Para Rasul, Malaikat dan manusia.

Dalil: Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 70.

Yang bermaksud: Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Hendaklah kita selalu berzikir, bersedekah dan membaca Al-Quran.

Allah berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 49-50.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang mengajar para sahabat. Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. " Bolehkah kita tinggalkan semua kerja hanya berserah kepada kitab dan Qadak dan Qadar Allah?" Rasulullah s.a.w. menjawab " Jangan begitu, hendaklah kamu berkerja dan berusaha, kerana tiap-tiap kerja yang di lakukan akan memudahkan kita kepada kebaikan dan kecelakaan."

Allah berfirman dalam surah Al-Khafi ayat 100 -101.

Yang bermaksud: Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata. (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

Ikhlas ikut cara Rasulullah s.a.w. Berilah masa untuk beribadat kepada Allah.

CABANG KE SEMBILAN : Beriman kepada Hari Akhirat.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 6 - 7.

Yang bermaksud: Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat..

Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.(Surah Luqman ayat 34)

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN KERJA-KERJA HATI )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

KERJA-KERJA HATI