Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


SAMBUNGAN KERJA-KERJA HATI

CABANG KE EMPATBELAS : Beriman Mizan Allah (Timbangan).

Dalil: Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minnum ayat 102 - 103.

Yang bermaksud: Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam .

CABANG KE TUJUHBELAS : Beriman dan cinta kepada Allah,

Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak beriman salah saorang kamu, sehingga Allah dan Rasul itu lebih kasih kepada kamu (kita).

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 165.

Yang bermaksud: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Dalil: Hendaklah kita ta'at kepada yang kita kasih dan hendaklah kita ikut cara Rasulullah s.a.w.

Allah berfirman dalam surah Al-Li 'Imran ayat 31.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Shariaat : Ikut peraturan- peraturan yang Rasulullah s.a.w. gariskan.
Sunnah : laksanakan apa yang Rasulullah s.a.w. buat dan sampaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Syaidina Omar r.a. mengatakan kepada Rasulullah s.a.w . : " Ya Rasulullah s.a.w. engkaulah yang paling aku sayang tiada bandingan kecuali diri ku" Jawab Rasulullah s.a.w. " Tidak! Demi Allah yang mana nyawa ku di tanganNya, hendaklah kamu kasih kepada diriku daripada dirimu." Kata Syaidina Omar r.a. " Ya Rasulullah s.a.w. sekarang engkaulah yang paling aku sayang dari pada diri ku."

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka

Diriwayatkan daripada Bukhari & Muslim r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Tidak membenci kepada seseorang melainkan kerana Allah. Tidak marah kepada seseorang melainkan kerana Allah. Tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana kasih kepada Allah.

CABANG KE DUAPULUH : Wajib kita beriktiqad membesarkan Nabi s.a.w.

Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 9.

Yang bermaksud: (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Surah Al-Fath ayat 9)

Allah berfirman dalam surah Asy-Syu'araa ayat 214 - 218.

Yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!" Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).

CABANG KE DUAPULUH SATU: Selawat ke atas Nabi s.a.w.

Allah berfirman dalam surah Ahzaab ayat 56.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Wajib iktiqad keatas Nabi s.a.w. yang menunjukan kita jalan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman dalam surah Al- Li 'Imraan ayat 31.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 24.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Rasulullah s.a.w bersabda : Aku sampaikan berita gembira pada umat ku, umat ini adalah umat yang mulia, tinggi darjat, kemuliaan, kemenangan dan keteguhaan.

Rasulullah s.a.w bersabda : Allah sentiasa melihat pada hati kamu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku selagi mereka tidak memperkatakannya atau melakukannya

CABANG KE DUAPULUH TIGA: Ikhlas

Allah berfirman dalam surah Al-Bayyinah ayat 5.

Yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

Allah berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 20.

Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah Al-Khafi ayat 110.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ketinggalan semuanya.......AMIN.


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN UMUM )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN UMUM