Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Maulana Ashiq Elahi                                                                                 


I K H L A S


Apabila sesaorang hendak melakukan sesuatu yang baik, dia hendaklah melakukannya semata-mata kerana Allah. Ganjaran dari perbuatan itu hendaknya datang dari Allah. Keikhlasan akan tersemai di sanubari sesaorang Islam, kalau ia menyakini bahawa tiap-tiap kebaikan yang dilakukan bakal diterima ganjarannya dari Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ganjaran bagi tiap-tiap perbuatan bergantong kepada niat orang yang melakukannya. Tiap-tiap orang diberi ganjaran mengikut niatnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. tidak pandang pada rupamu atau kekayaanmu, bahkan Allah pandang pada keikhlasan hatimu serta sifat amalanmu."

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 245.

Yang bermaksud: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah ayat 245)

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 265.

Yang bermaksud: Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah ayat 265)

Allah berfirman dalam surah Al-Maiidah ayat 85.

Yang bermaksud: Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan pengakuan iman yang ikhlas yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. (Al-Maiidah ayat 85)

Oleh yang demikian kebaikan yang kita lakukan belum tentu akan mendapat balasan yang baik, hanya niat yang baik (ikhlas) sahaja akan menghasilkan balasan yang baik. Perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dikatakan perbuatan ikhlas.

Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai erti "Iman", Beliau menjawap "Ertinya Ikhlas".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. hanya menerima amalan-amalan hambaNya berdasarkan ikhlas."

Allah juga memberi jaminan bahawa orang yang beriman dengan ikhlas, syaitan (iblis) tidak akan dapat menggangu atau menyesatkan mereka.

Allah berfirman dalam surah Israa' ayat 65.

Yang bermaksud: Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya), cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Israa' ayat 65)

Sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan tujuan hendak mendapatkan pujian atau kerana inginkan sesuatu didunia ini, dianggap perbuatan sia-sia, tidak berma'ana disisi Allah dan tidak selayaknya menerima ganjaran dari apa yang mereka lakukan diakhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dihimpunkan dihadapan Allah pada Hari Qiamat. Hanya kebaikan yang dilakukan semata-mata kerana Allah sahaja akan diterima, yang lainnya akan dicampakan kedalam Neraka."

Allah berfirman dalam surah Al-Hadiid ayat 18.

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Hadiid ayat 18)

Perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dikatakan perbuatan ikhlas. Apabila sesaorang ynag beriman hendak melakukan sasuatu kebaikan, ada sahaja yang akan dihalang oleh syaitan. Hanya orang yang ikhlas sahaja yang dapat mengatasi semua rintangan ini.

Setiap orang Islam sepatutnya mempunyai keikhlasan bukan sahaja dalam bidang beribadat, bahkan dalam urusan keduniaan. Perbuatan makan, minum, berjalan, duduk, tidur, bangun dari tidur, mencari nafkah, keluargaan dan lain-lain seharusnya di iringi dengan keikhlasan niat. Tetapi keikhlasan ini tidak mudah diperolehi tampa bercampur-gaul dengan para Aulia', tampa iman dan taqawa dan apa-apa yang kita lakuan semata-mata kerana Allah.

Saorang 'ulamak kita ada berkata: Perhatikan

  1. Orang yang berpuasa kerana mengharapkan ganjaran Allah sambil inginkan kasihatan badan.
  2. Orang yang menunaikan Fardhu Haji kerana Allah sambil ingin bersiar-siar ditanah suchi.
  3. Orang yang bersedekah/menderma kerana mengharapkan ganjaran Allah sambil ingin mendapat pujian orang ramai.

Perbuatan-perbuatan diatas ini ialah perbuatan yang sia-sia kerana tampa keikhlasan yang sebenar dan mempunyai muslihat yang tersendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lakukanlah perbuatan kamu dengan keikhalasan. Perbuatan yang sedikit, tetapi ikhlas akan mendapatkan ganjaran yang banyak."

Saorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Apa dia keimanan". Sebagai menjawab Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keimanan ialah keikhlasan."

Allah berfirman dalam surah At-Taghaabun ayat 17.

Yang bermaksud: Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (At-Taghaabun ayat 17)

 Allah berfirman dalam surah Al-Muzaamiil ayat 20.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Muzaamiil ayat 20)

Dari itu apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara berniatlah dengan ikhlas, hanya semata-mata kerana Allah. Semoga keikhlasan itu akan timbul dari diri dan hati kita....Insaallah.


* A L H A M D U L I L L A H *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PAPARAN SIFAT20 )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SIFAT20