Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  




ALHAM DULILLAH, PUJI DAN PUJIAN BAGI ALLAH, SALAWAT DAN SALAM KAPADA NABI MUHAMMAD S.A.W., KELUARGA SERTA SAHABAT-SAHABATNYA.


DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGASIHANI.

Allah berfirman dalam surah 'Abasa ayat 11 & 12.

Yang brmaksud: Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang (menghendakinya) mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya ( memperhatikannya).

Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Mulia, Yang Menjaga dan Melindung, yang telah menjadikan dan mematikan dan menetapkan ke atas ciptaannya dengan kematian, Fana' dan kebangkitan ke negara pembalasan (akhirat) dan penentuan ke negara pemutusan penghukuman untuk di balas setiap nyawa, ke atas apa yang mereka lakukan. Aku memuji Allah atas kesabaran ke atas cobaan dan aku bersyukur kepadaNya, redha dengan Qada Tuhannya, maka kepadanya keredhaan Allah. Dan aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah sahaja, tiada sesuatu selainNya, syahadah hamba yang tahu bahawa dia akan kembali dan di perhitungkan ke atas segala amalnya. Maka padaNya dia berharap belas. Dan aku naik saksi bahawa penghulu kami dan ketua kami, Muhammad s.a.w. , hambaNya dan pesuruhNya, yang diturunkan kepadnya kitabNya yang mulia, sesungguhnya engkau akan mati dan mereka juga akan mati. Ya Allah berilah salawat dan salam kepadanya dan ke atas sekelian Nabi dan Rasul dan ke atas keluarga-keluarga dan sahabat-sahabat mereka sekelian, selama mana ingatannya kepada Engkau, orang yang ingat dan selama mana lalai kepada Engkau dan kepada mereka orang-orang yang lalai. Ya Allah lapangkanlah dada kami dengan Al-Quran yang mulia, mudahkanlah dengan urusan kami dan perbanyakanlah pahala kami, perelokkanlah dengannya akhlak kami, luaskanlah dengan rezki kami, terangkanlah dengannya hati kami dan kubur ayah-ayah kami, bonda kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami, guru-guru kami dan kubur muslimin dan muslimat dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih dan sekelian yang mengasih.

KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Iman itu mempunyai 60 atau 70 pecahan, yang paling tinggi tingakatannya ialah sebutan Lailaha illallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakitkan (seperti duri dll.) di jalanan.

Ia mempunyai kesan yang mendalam untuk memperbaiki individu dan masyarakat dari segi keimanan dan kepercayaan.


LAILAHA ILLALLAH

Tiada Tuhan yang salayaknya disembah melainkan Allah

IMAN

I

I

I

1. Kerja-kerja hati

2. Kerja-kerja lidah

3. Kerja-kerja badan


Rasulullah s.a.w. bersabda:

>Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga sempurna hatinya dan tidak sempurna hatinya sehinggalah sempurna lidahnya.

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 72.

Yang bermaksud: Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.

Allah berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 46.

Yang bermaksud: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minnun ayat 78.

SKRIP DI AKHIRAT (PERINGATAN):

Allah berfirman dalam surah Al-Farqaan ayat 27 - 30.

Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

TAKRIF IMAN :

Berkata kebanyakan ulama tauhid dan ahli sunnah wal jamaah dan lain-lain lagi bahawa iman itu ialah:

(Membenarkan dengan sungguh-sungguh putus (sepenuh) tidak goyang dan sebenarnya dengan hati terhadap semua yang datang dari Allah dan RasulNya (membenarkan semuanya) berserta kepatuhan yang sebenar).

(Berserta dengan peraturan dan terikat, setiap perkara yang datang dari Allah dan RasulNya) Dan makna beriman kepada Allah ialah iktiqad yang putus dan membenarkan bahawa Allah itu Wujud, Esa tidak sekutu, bersifat dengan segala kesempurnaan, suci daripada segala kekurangan yang mungkin ada dalam kotak fikiran. Kita beriman dengan apa yang Allah sifatkan diriNya denganNya dan dengan apa yang disifatkan oleh NabiNya s.a.w. sepertimana yang datang daripada Al-Quran dan As Sunnah mengikut yang disebutkan oleh Allah dan RasulNya, dengan tidak memperumpamakan (tasybih) atau menidakkan adanya sifat itu (talthil). Kita juga mensucikan Allah dari segala yang baharu, Kita meninggalkan takwil-takwil.

Antara dalil cabangan ini, Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 132.

Yang bermaksud: Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 285.

Yang bermaksud: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya" . Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali" .

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 90.

Yang bermaksud: Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Rasulullah s.a.w bersabda: Satu malam di malam Lailatulqadar, lebih daripada seribu bulan (60 tahun).

Adakah anda percaya apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ?. Kita wajib yakin tampa ragu-ragu apa-apa yang datangnya daripada Allah dan apa yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sepertimana kita beriman dengan semua yang datang dariapa Allah dengan sifat kesempurnaan-Nya sesuatu pada zatNya dan sifatNya dan afalNya (perbuatanNya).

Allah berfirman dalam surah Asy-Syuura ayat 11.

Yang bermaksud: Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiran)Nya, dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Allah berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 65.

Yang bermaksud: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Kita juga beriman bahawa alam ini adalah semua yang lain daripada Allah yang bersifat mutaghayyir (berubah) dan setiap yang berubah itu baharu yang dibaharukan oleh Allah Ta'ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:

  • Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad (amalan perbuatan) seluruhnya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasadnya, itulah qalb (hati).

  • Sesungguhnya Allah tidak melihat wajah dan jasad kamu tetapi melihat hati-hati kamu.

  • Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga sempurna hatinya dan tidak sempurna hatinya sehinggalah sempurna lidahnya.

    KATA-KATA ULAMAK

    Telah berkata Sufyan Thauri (seorang ulama hadith dan ahli tasaauf) : Tidak ada amalan yang lebih afdhal selepas Al Faraidh (amal yang baik) selain daripada menuntut ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu untuk bertaqwa kepada Allah dengannya . . . . . . . . . . . (Hulatul anbiya'' Jusuk 6, muka surat 362-363)

    IMAN DAN AMANAH

    Rasulullah s.a.w bersabda: Ulama itu mempusakai Para Ambiak

    Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11.

    Yang benar: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

    Rasulullah s.a.w bersabda: Bagi kamu wajib bangun malam, kerana bangun malam itu makan minum orang-orang yang soleh.

    Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya mendirikan sembahyang malam. Apabila baginda melakukan sembahyang witir baginda akan bersabda: Bangunlah! Lakukanlah sembahyang witir, wahai Aisyah!

    * Allah Ta'ala bersifat dengan sempurna. Suci daripada kekotoran dan apa saja yang terlintas di hati kita bukan Allah. Kita wajib beriman dengan sifat Allah yang tersendiri.

    ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN KERJA HATI )

  • PAPARAN UTAMA

    * A M I N *

    PEDOMAN KERJA HATI