Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


KALIMAH TAYYIBAH (Kalimah Syahadat)


Syahadat ialah pengakuan atau penyaksian yang sebenar ya'ni saksi zahir dan batin.

Adapun rukun syahadat itu empat perkara:

1. Menetapkan zat Allah Ta'ala (berdiri dengan sendirinya).
2. Menetapkan sifat Allah Ta'ala (berkuasa).
3. Menetapkan kekuasaan Allah Ta'ala (berbuat dengan sekehendaknya)..
4. Menetapkan Kebenaran Rasulullah s.a.w..

Adapun syarat kesempurnaan syahadat iti empat perkara:

1. Hendaklah diketahui syahadat itu, ya'ni mengerti akan maksudnya.
2. Di ikrarkan dengan lidah ya'ni dibaca terus dari permulaan hingga akhirnya.
3. Hendaklah diyakinkan dalam hati akan maksud syahadat itu, ya'ni tidak ragu-
    ragu.
4. Yakin serta di amalkan dengan anggota, ya'ni dengan hati dan perbuatan
    wajib menolak segala yang menyalahi dari atau maksud kalimah syahadat
    itu.

Bacaannya: ASYHADU ALLAA ILLAHA ILLALLAH, WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH

Kalimah ini terbahagi kepada dua bahagian:

ASYHADU ALLAA ILLAHA ILLALLAH
: Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang salayaknya disembah
  melainkan Allah.

WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH
: Aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu utusan Allah.

Apabila saorang Mu'min mengaku tiada ada sasuatu yang layak disembah melainkan Allah, ia sudah samestinya menyembah hanya Allah sahaja. Dia bukan sahaja tidak boleh menyagutukan Allah dengan sesuatu yang lain, bahkan ia dimestikan mengaku dan berikrar Allah sabagai Pemimpin yang layak disembah dan Allah sahaja tempat untuk meminta Pertolongan. Kita dimestikan bergantung sesungguhnya hanya kepada Allah, segala buruk dan baik hanyalah datang daripada Allah dan didalam apa jua yang kita laksanakan. Kita sebagai hamba Allah, hendaklah yang paling kita kasih dan sayang hanyalah Allah. Tiada yang kita sayang, lebih dari segala-galanya. Wajib kita sayang kepada Allah yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita hendaklah membuang kasih sayang kita pada makhluk selain dari Allah dan yang kedua barulah kepada Nabi Muhammad s.a.w., pada Ibubapa dan serterusnya.

Kasih sayang kita kepada Allah tiada bandingannya dan pada setiap masa. Setelah mempercayai kaesaan Allah, sasaorang itu mesti mengakui segala perintahNya, tidak dapat dilaksanakan tampa menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dan pemimpinnya. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran dan pertunjuk, bukan dengan kehendak hatinya ataupun dengan mengikut hawa nafsunya tetapi hanyalah diatas suruhan dan perentah Allah. Mematuhi Nabi Muhammad s.a.w. berma'ana mematuhi segala perintah Allah dan mencintai Nabi Muhammad s.a.w. berma'ana mencintai Allah.

Adalah menjadi satu kawajipan bagi sasaorang yang mengucapkan dan memahami Kalimah Shahadah mematuhi segala yang diperintahkan oleh Allah dan mematuhi segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Segala ajarannya menganai Mala'ikat, Takdir Syurga Neraka, Alam kubur, hidup sesudah mati dll. hendaklah di percayai dan di patuhi. Nabi Muhammad s.a.w. hanyalah sebagai menyampaikan apa yang di perintahkan oleh Allah. Kita hendaklah meninggalkan segala larangan Allah dan mengamalkan apa sahaja yang diperintahNya. Kalimah ini mempunyai banyak faedah rohani, mengikut Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., saafdzal-afdzal zikir ialah LA ILLAHA ILLALLAH

Nabi s.a.w. bersabda:

1. Bacalah Kalimah ini sabanyak saratus kali tiap-tiap hari, kerana tidak ada
    kebaikan yang lebih baik daripadanya.

2. Sesiapa yang membaca Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH saratus kali pada
    waktu pagi dan saratus pada waktu petang, ganjaran yang akan diterima
    ialah sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang yang telah membebaskan
    sepuluh orang hamba dan keturunan Nabi Ismail 'alaihis-salam.

3. Perbahruilah keimanan kamu dengan membaca Kalimah LAA ILLAHA
    ILLALLAH
dan dengan mengamalkannya.

4. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku ialah orang berkata LAA
    ILLAHA LLALLAH
dengan ikhlas dari hatinya.

5. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang
   mengatakan LAA LLAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut keredaan
   Allah.

6. Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah
    ALHAMDULILLAH

7. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan mengucap kalimah LAA
    ILLAHA ILLALLAH
ketika ia hendak meninggal maka di wajibkan syurga
    baginya.

8. Barang siapa yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH dengan ikhlas dia
    akan dimasukan kedalam syurga.

9. Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILLAHA ILLALLAH melainkan
    dibukakan baginya pintu-pintu di langit sehingga Kalimah itu terus menuju
    ka `arasy kecuali orang itu terlibat di dalam dosa-dosa besar.

10. Perbanyakkanlah ikrar dan pengakuan terhadap LAA ILLAHA ILLALLAH
     sebelum tiba suatu masa di mana kamu tidak dapat lagi mengucapkannya.

11. Bahawa ahli LAA ILLAHA ILLALLAH tidak akan berdukacita di dalam kubur
     dan tidak di padang Mahsyar. Seakan-akan aku melihat ahli-ahli LAA LLAHA
     ILLALLAH
itu sedang bangun dari kubur masing-masing dengan
     mengabiskan tanah dari kubur mereka sambil berkata: Segala puji bagi
     Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami (buat selama- lamanya).

Disini mari kita merujuk pada ayat-ayat yang padanya tidak disebutkan lafaz Kalimah Taiyibah tetapi maksudnya ialah Kalimah Taiyibah.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 24.

Yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit..

(`Kalimah yang baik' ialah seperti kalimah tauhid, kalimah Qur'an, kalimah Rasul atau kalimah yang membuktikan iman dan ta'at kepada Allah.)

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 27.

Yang bermaksud: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat 70 & 71.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 26.

Yang bermaksud: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman dalam surah Al-'Imraan ayat 64.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Sebahagian ahli tafsir membagikan Kalimah Shahadah ini kepada empat (4) penafsiran, ada sebilangannya menyatakan lima (5) bahagian..

   1. Tidak boleh beribadat kecuali Allah
   2. Tidak boleh sayang/kasih kecuali Allah.
   3. Tidak boleh ikut kecuali Allah.
   4. Tidak boleh ta'at kecuali Allah.
   5. Tidak boleh tawakal kecuali Allah.

Diantara ayat-ayat Al-Qur'an berkaitan Beribadat Kepada Allah..

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Muhammad s.a.w ayat 19.

Yang bermaksud: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 14.

Yang bermaksud: Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Hud ayat 114.

Yang bermaksud: Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

SILA TEKAN BERIKUT UNTUK SAMBUNGAN KALIMAH.

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN KALIMAH