Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  



KHUSYUK DALAM SOLAT


Khusyuk semasa solat adalah di tuntut (wajib). Disini marilah tuan-tuan menghayati bagaimana kita untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Terdapat 33 perkara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. 

  1. Persiapan sebelum solat.
      a) Menjawab Azan.
      b) Berdoa dengan doa makmur.
      c) Mengelokkan mengambil uduk.
      d) Membaca Bismillah.
      e) Hendaklah berdoa dan berzikir setelah mengambil uduk.
      f) Sunat bersugi.
      g) Berpakaiaan bersih dan kemas (jika boleh ikut sunnah Nabi s.a.w
          berjubah).
      h) Menutup aurat dan pergi kemasjid dengan tenang.
      i) Menunggu Solat - tampa mengetuk jari (berbunyik).
      j) Melurus barisan dan saf rapat-rapat.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid bin Aa'sim al-Ansari r.a  atanya: Beliau telah ditanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w berwuduk. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan  embasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk menceduk air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menceduk air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau menceduk lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku tiga kali. Kemudian beliau menceduk lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga keparas buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang dari kamu mengerjakan sembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian dan tidak ada sedikit pun pakaian yang menutupi kedua-dua bahunya

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sebaik-baik gubahan sesebuah syair iaitu puisi yang dibawa oleh orang-orang Arab ialah syair atau puisi Labid: Yang bermaksud: Tidakkah mengingati sesuatu selain dari Allah adalah batil.

  2. Toma'ninah dalam solat :Tulang kembali kepada asal.

    Hadis Rasulullah s.a.w.

    * Tidak sempurna sembahyang kamu tampa Toma'ninah.
    * Sejahat manusia orang curi dalam solat. (Orang-orang yang tidak
       sempurna rukuk dan tidak sempurna sujud).
    * Perumpamaan orang tidak sempurna sujud, seumpama burung hendak
       makan.

    Allah berfirman dalam surah Al-Bakarah ayat 43.

    Yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

    Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 112.

    Yang bermaksud:(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

  3. Sentiasa ingat mati dalam sembahyang.

    Hadis Rasulullah s.a.w.

    * Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang.
    * Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang
      perpisahan.

    Allah berfirman dalam surah A-li 'Imraan ayat 102.

    Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

  4. Memperhatikan ayat-ayat dan zikir dalam sembahyang.

    Allah berfirman dalam surah Saad ayat 29 & 30.

    Yang bermaksud: Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).

    Allah berfirman dalam surah Al-Furqaan ayat 73.

    Yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

    * Cara memerhatikan ayat dalam sembahyang, sebutlah perkataannya
       dengan baik danjika mampu fahami maksudnya.

    * Nabi s.a.w ketika solat malam mengulangi satu ayat hampir pagi
       (mengulang-ngulang)

    Allah berfirman dalam surah Al-Maa'idah ayat 119.

    Yang bermaksud: Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".

    Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286.

    Yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

    Sembahyang tahjut baca ayat ini surah Al-An'aam ayat 27.

    Yang bermaksud: Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman.

    Ketika sujut baca ayat ini surah Al-Israa' ayat 105 & 106.

    Dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan Al-Quran itu Kami. Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

  5. Baca ayat seayat-seayat dengan jelas. Baca setiap ayat tampa sambung, supaya dapat kita merenungi ayat-ayat yang di baca.

    Allah berfirman dalam surah Al-Khfi ayat 27.

    Yang bermaksud: Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat   mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya

  6. Hendaklah memperelokkan bacaan kita. Baca dengan jelas, terang dan betul menurut ilmu tajwid.

    Allah berfirman dalam surah Al-Muzzammil ayat 4.

    Yang bermaksud: Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartil.

    * Membaca dengan bacaan yang terang jelas dan betul menurut ilmu
      tajwid.

  7. Hendaklah kita faham bahawa setiap bacaan kita akan disambut oleh Allah bacaan kita.

  8. Tempat kita bersolat hendaklah terlindung dari tempat lalu-lalang (laluan) orang.

    Hadis Hadis Rasulullah s.a.w.

    * Apabila kita sembahyang hendaklah mengadap dinding dan dekat
      dengan dinding tiga hasta).

    * Jika kita sembahyang jangan benarkan sesiapa pun melalui dihadapan
      kita (tempat sujut).

    Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad As-Saidi r.a katanya: Jarak antara tempat sembahyang Rasulullah s.a.w dan dinding hanyalah cukup untuk kambing melintas

  9. Letakan tangan kiri di atas tangan kanan dan di letakan di atas dada.

    Hadis Hadis Rasulullah s.a.w.

    * Bahawasanya kami diarahkan meletakan tangan kiri diatas tangan
      kanan apabila kita sembahyang (tanda hina).

  10. Memandang pada tempat sujud.

    Apa hukum pejamkan mata apabila solat?

    Sebahagian ulamak menyatakan menyalahi sunah Nabi s.a.w, kerana Nabi s.a.w lihat tempat sujud apabila solat dan ketika tasahut melihat anak jari.

    * Dan ada pula yang berpendapat tidak mengapa, jika tujuannya untuk
      mendapatkan khusyuk dalam sembahyang.

  11. Menegakan jari telunjuk, sentiasa mengadap kiblat.

  12. Memperbagaikan bacaan surah. Dengan memperbagaikan surah kita akan lebih khusyuk (doadan zikir). Ia akan lebih mendapat khusyuk yang sebenar kerana mengikut sunah Nabi s.a.w.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu. Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

  13. Sujut Tilawah apabila membaca ayat sejadah.

    Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 109.

    Yang bermaksud: Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.

    Allah berfirman dalam surah An-Najm ayat 62.

    Yang bermaksud: Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

    Hadis Hadis Rasulullah s.a.w.

    Apabila anak Adam membaca ayat sejadah lalu sujud, Syaitan lari jauh dan menangis berkata Allah suruh Anak Adam sujud, balasannya syurga, tetapi aku tidak mengikut kehendak Allah.

    * Allah sifatkan nabi-nabi dan para solihin

    Allah berfirman dalam surah Mariam ayat 58.

    Yang bermaksud: Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

  14. Minta berlindung dari Allah daripada syaitan

    Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 76.

    Yang bermaksud: Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

  15. Hendaklah kita mengambil contoh sembahyang orang-orang solih dahulu kala (Ahli solatsolih) - kerana orang dahulu apabila sembahyang ia akan menumpukan dengan sepenuh hati sebagi hamba dan menumpukan dengan akal fikiran, kebesaran Allah dan lain-lain .

  16. Hendaklah kita mengetahui keistimewaannya khusyuk dalam sembahyang.

    * Dengan sebab khusyuk dosa kita akan diampunkan Allah (dosa kecil).
    * Dosa besar mesti bertaubat seperti berzinah, membunuh orang, derhaka
      kepada kedua Ibubapa, mengumpat, syrik, bunuh diri, sahir, menilik
      nasib dan lain-lain.
    * Dosa besar hendaklah kita bertaubat dan tidak akan mengulangi
      perbuatan itu.
    * Diberi pahala mengikut darjah khuysuk.
    * Dosa kita digugurkan.

  17.   Hendaklah berdoa bersungguh-sungguh ditempat yang dibenarkan,
      terutama dalam sujud.

    * Menanbahkan khusyuk dalam sembahyang dengan berdoa.

    Allah berfirman dalam surah Al-Ahraf ayat 55.

    Yang bermaksud: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

    Hadis Hadis Rasulullah s.a.w.

    * Sehampir-hampir umat dengan Allah semasa sujud.
    * Bersungguh-sungghlah kamu meminta (berdoa) kepada Allah.

    Allah berfirman dalam surah Qaaf ayat 16.

    Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

  18. Berzikir selepas solat. - boleh menampung kecatatan solat.
  19. Menjauhkan perkara-perkara yang boleh menggangu khusyuk.

    Hadis Hadis Rasulullah s.a.w.

    Buanglah tabir itu (tabir yang ada lukisan) daripada pandanganku supaya ia tidak menggangu khusyuk ku dalam sembahyang.

  20. Di tegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain (tertera gambar yang mempunyai roh).

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah mendirikan sembahyang dengan memakai pakaian yang bercorak. Kemudian baginda bersabda: Aku merasa terganggu kerana corak yang ada pada baju ini. Bawalah baju ini kepada Abu Jahmin dan ambilkan untukku baju lain

  21. Jangan sembahyang dihadapan makanan.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Apabila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu

  22. Jangan sembahyang jika terasa hendak buang air besar atau kecil.
  23. Jangan sembahyang ketika mengantuk.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk semasa sembahyang maka hendaklah dia duduk sehingga hilang perasaan mengantuk tersebut. Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu sembahyang dalam keadaan mengantuk, ketika dia memohon keampunan mungkin akan terjadi dia mencaci dirinya sendiri

  24. Jangan sembahyang dibelakan orang yang sedang bercakap atau tidur.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam r.a katanya: Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk. Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Ketika sembahyang diiqamatkan, Rasulullah s.a.w bercakap perlahan-lahan dengan seorang lelaki. Baginda tidak segera mendirikan sembahyang kerana bercakap dengan lelaki tersebut menyebabkan orang ramai tertidur.

  25. ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN PEDOMAN KHUSYUK )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN PEDOMAN KHUSYUK