Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  



SAMBUNGAN KHUSYUK DALAM SOLAT


  1. Dilarang sembahyang mengadap batu (terlalu berdekatan dengan dinding).
  2. Dilarang mengangu orang lain dalam bacaan kita dalam sembahyang.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah al-Fatihah

  3. Jangan berpaling muka kekiri dan kekanan.
  4. Dilarang mendongakkan muka kelangit.
  5. Dilarang kita meludah dihadapan kita.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat air liur di dinding yang menghadap ke arah kiblat lalu baginda menyapunya. Kemudian baginda berpaling kepada para Sahabat dan bersabda: Semasa kamu sembahyang, kamu janganlah meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap kearah kamu semasa kamu sembahyang

    Allah berfirman dalam surah Al-Hasy-r ayat 22, 23 & 24.

    Yang bermaklsud: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya), Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana

  6. Menahan menguap.

    Hadis Rasulullah s.a.w. Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan

  7. Dilarang meletak tangan dipinggang.
  8. Dilarang melabuhkan pakaian ketika sembahyang dan menutup mulut.
  9. Dilarang menyarupai binatang.

    SEMUGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG DINYATAKAN DIATAS DAN SAMPAIKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MAHU BERINGAT

    ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN PERINGATAN )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN PERINGATAN