KKata - Kuliah

Ditulis oleh : ASAS

I K H T I B A R

Email : asassg@yahoo.com

    Buat Salinan sebelum Membaca                                                                                 


TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA ALLAH

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak..? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,...kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

  1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

  2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

  3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

  4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

  5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

  6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

TUJUH KEMUNGKINAN JIKA ANDA TERLALU BAKHIL

Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini iaitu:

  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

  2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya.

  3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.

  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

  7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASULNYA

Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Enam jenis golongan manusia yang Aku kutuk dan Allah s.w.t, juga turut mengutuk dan pada hari kiamat. Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan terhadap mereka itu ialah:-

  1. Orang yg menambah maksud tafsiran Al Quran. (Takwil yg menyimpang)

  2. Orang yang mendustakan kepada takdir Allah s.w.t.

  3. Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihina dan sebaliknya menghina orang yang memuliakan Allah.

  4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah di Tanah Haram.

  5. Orang-orang dari ummatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

  6. Orang-orang dari ummatku yang meninggalkan sunnahku.

BINATANG HURAISY MEMBURU 5 JENIS MANUSIA

Diriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar saekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya ialah antara jarak langit dan bumi manakala lebarnya pula ialah antara timur dan barat. Setelah ia keluar maka Malaikat Jibril a.s pun bertanya: Wahai Huraisy!.....Kamu hendak kemana dan kamu mahu mencari siapa?.Jawab Huraisy. Aku mencari lima jenis manusia iaitu:-

  1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
  2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  3. Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.
  4. Orang yang suka meminum arak.
  5. Orang yang suka bercakap di dalam masjid mengenai hal-hal dunia.

PETIKAN UNGKAPAN BERHIKMAH

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI NABI ISA A.S

Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 hari sahaja iaitu:

  1. Hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula.

  2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak.

  3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka manafaatkan ia dengan sebaik mungkin.

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 saat iaitu:

  1. Saat yang telah pun berlalu (semalam).
  2. Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menemuinya lagi atau tidak.
  3. Oleh kerana itu saat yang mana kamu berada di dalamnya maka hendaklah kamu pergunakan dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja, sedangkan kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita.

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 nafas iaitu:

  1. Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang menyedut udara anugerah Allah.

  2. Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak.

  3. Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan kamu tidak memiliki kecuali satu nafas itu sahaja, serta tidak ada satu hari atau satu saat pun. Oleh kerana itu kamu mestilah segera menafaatkan nafas yang satu ini sebelum ianya hilang. Bertaubatlah pada kesempatanan yang kamu ada ini sebelum ajal datang menjemputmu. Amalan yang paling baik dengan menjaga semua waktu, sedangkan kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya mereka-mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah merugikan umur mereka sendiri.

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI SAIDINA ABU BAKAR R.A

Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kanan mu, nafsu disebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu..jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang megikuti tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya. Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan.

KATA-KATA ULAMA

Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agama mu, maka orang itupun menafaatkan ilmunya kepada mu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri menafaatkan ilmu agama mu kepadanya, lalu ilmu itu diterima daripada mu dan diamalkannya. Ketiga orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan padanya, maka yang lebih eloknya larilah kamu daripadanya.


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH BULAN REJAB )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

KULIAH REJAB