Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


SAMBUNGAN MENYAMBUT KELAHIRAN
NABI MUHAMMAD S.A.W ( Maulidur Rasul )


  1. Apa-apa saja yang di reka-reka menyalahi Al-Qur'an atau surah atau menyalahi ijmak ulamak, maka itu adalah bidaah sesat. (suka menyalahi surah)

    Apa saja yang di reka dengan rekaan baik dan rekaan itu tidak menyalahi sesuatu pun. Maka mereka itu adalah reka yang terpuji (mahmud).

    Allah berfirman dalam Surah An-Najam ayat 39 & 41.

    Yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

    Allah berfirman dalam Surah Al-A'raaf ayat 16.

    Yang bermaksud: Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.

    Allah berfirman dalam Surah An-Naas ayat 4, 5 & 6.

    Yang bermaksud: "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

    Allah berfirman dalam Surah Yaa siin ayat 12.

    Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

  2. Tiap-tiap perkara baik, mengangungi dalil syarak dan tidak bermaksud untuk menyalahi syarak dan tidak menyalahi perkara mungkar, maka itu daripada agama.

    Allah berfirman dalam Surah An-Nuur ayat 46.

    Yang bermaksud: Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

  3. Menyambut Maulidur Rasul di syarak dalam Islam.

    Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 27.

    Yang bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

    Allah berfirman dalam Surah Al- Baqarah ayat 128.

    Yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

  4. Semua yang diterangkan di atas adalah menunjukan menyambut Maulut itu adalah boleh di laksanakan. Sekiranya Maulut itu bercampur aduk dengan perkara membazir, bercampur lelaki dan perempuan adalah haram.

    Allah berfirman dalam Surah A-Li' Imraan ayat 179.

    Yang bermaksud: Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

    Allah berfirman dalam Surah An-Nisaa' ayat 31.

    Yang bermaksud: Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).

    Allah berfirman dalam Surah Al-A'raaf ayat 166.

    Yang bermaksud: Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina.

Puji Allah s.w.t terhadap Nabi Muhammad s.a.w (iktiraf)

Mari kita sama-sama merujuk didalam surah-surah berikut sebagai rujukan:

Allah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 72.

Yang bermaksud: Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maa'idah ayat 15.

Yang bermaksud: Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzaab ayat 21.

Yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Allah berfirman dalam Surah Az-Zukhruf ayat 43 & 44.

Yang bermaksud: Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 1.

Yang bermaksud: Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.

Allah berfirman dalam Surah Az-Zukhruf ayat 36.

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 126.

Yang bermaksud: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

SEPINTAS LALU:

* Semasa Nabi s.a.w. berumur 25 tahun, Beliau telah berdagang ke negeri
  Syam dan semasa umur yang sama Beliau telah berkahwin dengan Siti
  Khadijah.

* Ketika usaha Nabi s.a.w 35 tahun, di beri gelaran Al-Amin kerana
  menyalesaikan masaalah meletakan Hajar Aswad (batu hitam) itu di
  tempatnya semula (di penjuru ka'abah) dari kalangan pembesar-pembesar
  Quraisy.

* Nabi s.a.w menjadi Rasul pada umur 40 tahun dan Beliau di datangi Jibril
  untuk menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan, di bukit Jabal Nur
  (gunung cahaya) di gua Hira.

Allah berfirman dalam Surah Al-'Alaq ayat 1 hingga 19.

Yang bermaksud: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) - Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? - Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), - Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh!

* Orang yang pertama memeluk Islam ialah isterinya Siti Khadijah, Ali bin Abi
  Thalib, Zaid bin Tsabir kemudian Abu bakar Siddiq dan menyusul yang lain-
  lainnya. Selama 3 tahun hanya 40 orang yang memeluk agama Islam.

* Nabi Muhammad s.a.w di hibur oleh Allah dengan Isra' Mi'raj pada malam 27
  Rejab dan telah di tugaskan solat lima kali sehari semalam untuk umatnya.

* Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah dalam usia 53 tahun, pada awal
  Muharam (satu Muharam-Maal Hijrah)

* Bagi penduduk Madinah Nabi Muhammad s.a.w memberi gelaran "Al-Anshar"
  yang ertinya orang yang menolong.

* Bagi penduduk Mekah yang hijrah bersama Nabi Muhammad s.a.w memberi
  gelaran "Al-Muhajirin" yang ertinya orang yang berpindah.

* Ayat terakhir dari segi hukum yang di wahyukan Allah kepada Nabi
  Muhammad s.a.w, dalam surah Al-maidaah ayat 3.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maaidah ayat 3.

Yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

* Ayat terakhir yang di wahyukan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w, dalam
  surah Al-Baqarah ayat 281:

Yang bermaksud: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

* Nabi Muhammad s.a.w wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 hijriah (7 jun 633
  Masehi) dalam usia 63 tahun dan di makamkan di Kota Madinah.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Bakar mengimami sembahyang orang ramai ketika Rasulullah s.a.w dalam kesakitan yang menyebabkan kewafatan baginda. Pada hari Isnin, ketika para sahabat sedang mendirikan sembahyang, Rasulullah s.a.w membuka tirai dan berdiri memandang kami. Wajah baginda putih berseri umpama kertas, lalu baginda tersenyum lebar hingga tertawa. Anas berkata: Kami yang sedang sembahyang menjadi tercegang kehairanan dan cukup senang hati kerana Rasulullah s.a.w keluar. Abu Bakar tanpa membuang masa terus berundur menghampiri saf kerana menyangka Rasulullah s.a.w keluar untuk sembahyang. Lalu baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya menyempurnakan sembahyang. Anas berkata: Rasulullah s.a.w kemudiannya kembali memasuki bilik dan menjatuhkan tirai. Anas berkata: Hari tersebutlah, berlakunya kewafatan baginda Rasulullah s.a.w

* Nabi Muhammad s.a.w telah mewariskan dua buah pusaka kepada
  keluarganya, sahabat dan umat manusia sekelian dengan bersabda:

Hadis Rasulullah s.a.w: Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka) tatkala kamu akan sesat selam-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya (Qur'an dan Hadis).

SEMUGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG TELAH DI PAPARKAN

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN KHUSYUK )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN KHUSYUK