Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


MENGENAL MALAIKAT


Umat Islam Ahlussunnah Wal Jama'ah , wajib mengetahui dan yakin bahawa ada suatu makhluk Allah yang dijadikan daripada nur (cahaya) bernama Malaikat.

Malaikat itu banyaknya tidak terhitung. Setiap Malaikat mempunyai tugas masing-masing dari Allah. Mereka taat kepada Allah atas perintah yang diberikan kepadanya.

Firman Allah: Maksudnya...Malaikat-malaikat itu tidak pernah mendurhaki Tuhan dalam segala perintahNya, mereka tetap mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka.

Jadi Malaikat itu adalah makhluk Allah yang halus yang ta'at mengerjakan segala perintah Allah. Walaupun Malaikat itu makhluk halus, kadang-kala ia boleh dengan izin Allah merupakan darinya menyarupai manusia. Kita umat Islam diwajibkan mempercayai/mengetahui 10 Malaikat yang utama, dengan tugas yang diperintahkan kepada mereka.

NAMA-NAMA MALAIKAT & TUGASNYA

MALAIKAT JIBRAIL Tugasnya penghantar wahyu kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul khususnya Nabi Muhammad S.A.W
MALAIKAT MIKAIL Tugasnya dalam soal-soal kesejahteraan umat, umpamanya menghantar angin, menghantar hujan, soal-soal tanah dan soal-soal kesuburan kesuburan yang lain
MALAIKAT ISRAFIL Tugasnya dalam soal-soal akhirat umpamanya meniup angin sangkala tanda Kiamat.
MALAIKAT IZRAIL Tugasnya untuk mencabut nyawa makhluk di langit dan di bumi.
MALAIKAT MUNKAR Tugasnya menyoal (menanyai) orang yang telah mati didalam kubur.
MALAIKAT NANKIR Tugasnya sama seperti Malaikat Munkar.
MALAIKAT RAKIB Tugasnya mencatit amalan baik perkerjaan manusia hari-hari.
MALAIKAT ATIB Tugasnya mencatit amalan jahat perkerjaan manusia hari-hari.
MALAIKAT MALIK. Tugasnya menjaga Neraka Jahannam, ia juga dinamakan Malaikat Zabaniah.
MALAIKAT RIDZUAN Tugasnya menjaga Syurga.

PERBEZAAN MALAIKAT, JIN & IBLIS

MALAIKAT itu adalah Jisim Nurani (jisim yang sangat lembut/halus) dan ia boleh merupa dengan apa sahaja. Ia tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan ia sentiasa ta'at kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat/kekuatan yang luar biasa. Ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

JIN - Adapun Jin itu adalah daripada jisim-jisim api yang di bawah (dari api yang sangat panas). Jin boleh menyarupa apa saja yang dikehendakinya. Akan tetapi apabila ia menyarupai sesuatu kita boleh memanahnya dan ia boleh mati. Jin ada lelaki dan ada perempuan dan ia berkeluarga dan mempunyai zuriat. Diantaranya ada mumin dan kafir

Hadis Rasulullah s.a.w :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a: Mengenai firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Itulah mereka yang mendakwa bahawa mereka mencari jalan penghubung kepada tuhannya. Siapakah di kalangan mereka yang paling dekat dengan tuhan mereka dengan katanya: Ada sekelompok jin yang telah memeluk Islam, dan sebelum ini mereka disembah oleh manusia, maka orang-orang yang menyembah itu tetap sahaja menyembah mereka iaitu jin walaupun mereka iaitu jin tersebut telah memeluk Islam

SYAITAN/IBLIS - adalah satu puak daripada kalangan Jin. Ia adalah dari gulungan yang murtat. Ketuanya adalah IBLIS, setiap yang durhaka dari kalangan Jin adalah syaitan. Tiap-tiap syaitan adalah Jin dan tiap-tiap Jin bukanlah Syaitan (mereka ini semua berketurunan).

Ayat dibawah ini adalah dalil yang menyatakan Malaikat itu boleh menyarupai apa sahaja yang dikehendaki dengan izin Allah.

Allah berfirman dalam surah Mariam ayat 17

Yang bermaksud: Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Allah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat 24 & 25

Yang bermaksud: Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

Marilah kita sama-sama merujuk beberapa ayat Al-Qur'an yang berhubung dengan Jin itu ada yang mumin. Sila lihat dalam surah Al-Ahqaaf, ayat 29, 30, 31 & 32, juz keduapuluh enam:

Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata"."Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

ADAKAH IBLIS ASALNYA DARI GULUNGAN MALAIKAT?

1. Ada satu pendapat menyatakan Iblis adalah dari gulungan Malaikat
2. Pendapat kedua menyatakan Iblis bukan dari gulungan Malaikat

Marilah sama-sama kita menyalesaikan pendapat ini dengan berpandukan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis.

Hadis Rasulullah s.a.w :

Allah Ta'ala jadikan Malaikat daripada Nur, Jin-jin dan Iblis dari ada api dan Adam dari pada tanah.

Huraian hadis diatas: Malaikat dijadikan daripada Nur (cahaya), sedangkan Jin Allah jadikan daripada api. Ini menunjukan kejadian yang berlainan di antara Malaikat & Iblis.

Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 12

Yang bermaksud: Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 50

Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 34

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Allah berfirman dalam surah At-Tahriim ayat 6

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

SEMUGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG DITERANGKAN DIATAS


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN UMUM )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

UMUM