Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ustaz Malik Ahmad                                                                                  


MASYI'AH ALLAH


MASYI’AH ALLAH DAN MASYI’AH HAMBA ALLAH

Mungkin ada bertanya: Jika Allah memberi kebebasan menentukan dan ikhtiar kepada mnusia, bagaimanakah lagi pengertian perkataan Tuhan?

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 89.

Yang bermaksud: Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al-Baqarah ayat 89)

 Allah berfirman dalam surah .At-Takwiir ayat 27 hingga 29.

Yang bermaksud: Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (At-Takwiir ayat 27 hingga 29)

Jadi musyi’ah (kehendak) manusia tidak boleh berdiri sendiri dan terlepas dari Masyi’ah Allah. Allah menghendaki/menentukan supaya manusia memilih salah satu dari dua iaitu jalan petunjuk atau jalan sesat.

Kesimpulannya jika manusia itu jalan yang diberi petunjuk oleh Allah, maka termasuklah ia kedalam kalangan Masyi’ah Allah dan sekiranya manusia memilih jalan yang sesat itupun tergulung dikalangan Masyi’ah Allah.

 

MEMBERI PETUNJUK DAN MENYESATKAN.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 1 hingga 4.

Yang bermaksud: Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ibrahim ayat 1 hingga 4)

Ayat diatas menerangkan bahawa: Allah menyesatkan orang yang hendak disesatkanNya dan memberi petunjuk kepada orang yang hendak ditunjukiNya. Apabila Allah yang menyesatkan dan menunjukan lalu dimanakah berlakunya ketentuan kebebasan memilih/ikhtiar bagi manusia itu?

Jawapannya: memang Al-Quran menegaskan bahawa Allahlah yang menyesatkan dan yang menunjukan. Tetapi di dalam pelaksanaannya yang nyata, bahawa pemberian petunjuk dan kesesatan adalah sebagai hasil dan berkaitan erat dengan sebab-sebab yang telah mendahuluinya. Maka petunjuk itu merupakan buah dari amal soleh dan kesesatan buah dari amalan yang keji.

Bila kita perhatikan ayat-ayat Al-Quran, kita akan menemui pengertian ini dengan jelas dan terang, tidak ada kabur atau meragukan.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 27.

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan ugamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. (Ar-Ra’d ayat 27)

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 69.

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-‘Ankabut ayat 69)

Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 17.

Yang bermaksud: Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad ayat 17)

Maka hidayahlah (petunjuk Ilahi) kepada manusia bererti "Pengertian dan anugrah Allah kepada manusia dieringi dengan amal soleh. Petunjuk itu tidak lain dari sesuatu perjuangan untuk kembali bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah serta mematuhi suruhan Allah.

Terjadinya sesat kerana fasik. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 26 & 27.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (Al-Baqarah ayat 26 & 27)

Manusia disesatkan Allah disebabkan telah membuat zalim. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 27.

Yang bermaksud: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Ibrahim ayat 27)

 Dipesongkan Allah, kerana sudah menyimpang dari kebenaran. Allah berfirman dalam surah As-Saff ayat 5).

Yang bermaksud: Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka. (As-Saff ayat 5)

Hati manusia itu menjadi susah/resah kerana perbuatan mereka sendiri. Allah berfirman dalam surah Al-Mutaffifiin ayat 13 hingga 15.

Yang bermaksud: (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!". Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

(Al-Mutaffifiin ayat 13 hingga 15)

Hati manusia itu ditutup oleh Allah kerana kekafiran. Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 155.

Yang bermaksud: Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya). (An-Nisaa ayat 155)

Dalam ayat-ayat diatas menyatakan, manusia disesatkan Allah disebabkan oleh perbuatan tingkah laku dan tindak-tanduk mereka sendiri, seperti sengaja menyeleweng, mungkir janji, memungkari suruhan Allah, sombong, takabur, merampas hak orang lain, melanggar perintah Allah, membuat kebinasaan dibumi Allah, kekafiran dan meneruskan perbuatan maksiat dan lain-lain. Semuanya itu sebab yang menyababkan manusia terkeluar dari garisan kebenaran. Maka adalah sesuai pada tempatnya Allah dengan Maha Adil dan maha BijaksanaNya, dengan menulikan pendengaran dan membutakan pandangan manusia itu dan sesuai pula nizam Allah memberikan balasan/hukumanNya diatas perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Alah menegaskan masalah ini dalam banyak ayat didalam Al-Quran diantaranya. Allah berfirman dalam surah Al-A’raaf ayat 197.

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf ayat 197)

Manusia seperti ini mensia-siakan cahaya kebenaran dan keimanan, maka cahaya kegelapan telah menutup hati-hati manusia itu sendiri. Mereka ini seperti haiwan yang tidak mempunyai perasaan dan akal yang sempurna, malahan lebih teruk dari pada haiwan.


* A L H A M D U L I L L A H *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH MENGENAL ALLAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

MENGENAL ALLAH