Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

       Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


    PERJANJIAN KITA DENGAN ALLAH


    PERJANJIAN KITA DENGAN ALLAH.

    Wahai sekelian umat Muhammad s.a.w. ketahuilah oleh mu bahaya dari Alam Roh lagi kita semua telah mengikat janji setia dengan Allah di mana kita telah berjanji tidak akan lalai, tidak akan syirik kepada Allah dan kita telah membuat pengakuan tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah.

    Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 172, 173 & 174.

    Yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

    Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minuun ayat 155.

    Yang bermaksud: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

    Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30.

    Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

    Allah berfirman dalam surah Ar-Ruum ayat 30.

    Yang bermaksud: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    Hadis Rasulullah s.a.w. : Tiap-tiap yang lahir dimuka bumi semuanya lahir bersih (Fitrah). Maka peranan ibubapa sajalah yang memnentukan untuk membentuknya.

    PERJANJIAN PARA RASUL-RASUL ALLAH :

    Allah berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat 7.

    Yang bermaksud: (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).

    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Marwan berkata kepada penjaga pintunya: Wahai Rafi'! Pergilah kepada Ibnu Abbas dan katakanlah: Sekiranya setiap orang di antara kita disiksa kerana bergembira terhadap apa yang diperolehi dan suka dipuji terhadap apa yang tidak dilakukan, nescaya kita semua turut akan disiksa. Ibnu Abbas berkata: Kenapakah kamu ni? Ayat ini diturunkan kepada Ahli Kitab. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya, ini satu ayat. Kemudian Ibnu Abbas membaca ayat Yang bermaksud: Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, terselamat dari siksa. Seterusnya Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w bertanya kepada mereka, tetapi mereka menyembunyikannya malah memberikan jawapan lain. Kemudian mereka keluar dengan perasaan telah memberitahu apa yang ditanyakan kepada mereka. Mereka berharap mendapat pujian terhadap jawapan tersebut serta bergembira dengan tipu helah mereka

    KATA-KATA KAUM MUSRIKIN KEPADA NABI MUSA :

    Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 55.

    Yang bermaksud : Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

    INGATLAH WAHAI MANUSIA :

    Allah berfirman dalam surah Al-Insyiqaaq ayat 6.

    Yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

    Rasulullah s.a.w bersabda: Umur umatku hanyalah 60 hingga 70 tahun.

    Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu: Tamak kepada harta dan tamak kepada umur.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.

    Umar Ibnul Khattab r.a berkata: Metelamat kami tidak boleh nampak dengan mata kasar. Tetapi boleh kita rasa dan boleh kita lihat dengan hati (ilmu). Ilmu itu chaya, chaya yang di suluh oleh Allah dan bukan ilmu yang banyak riwayat.

    Allah berfirman dalam surah Asy-Syura ayat 13.

    Yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat iaitu: mendirikan sembahyang serta mengeluar zakat. Sesiapa yang melakukannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat Islam dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya

    SYARIAT : Satu peraturan, satu cara khas dari tuan Agama sendiri (Allah s.w.t.)

    Apa-apa saja yang di reka-reka menyalahi Al-Qur'an atau surah atau menyalahi ijmak ulamak, maka itu adalah bidaah sesat. (suka menyalahi surah).

    Apa saja yang di reka dengan rekaan baik dan rekaan itu tidak menyalahi sesuatu pun. Maka mereka itu adalah reka yang terpuji (mahmud).

    Barang siapa yang mereka-reka sesuatu yang bukan Nabi s.a.w. buat, itu adalah bidaah.

    Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam ayat 48.

    Yang bermaksud: Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.

    Allah berfirman dalam surah Ah-Ahzaab ayat 7.

    Yang bermaksud: (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).

    Allah berfirman dalam surah Ah-Ahzaab ayat 72.

    Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

    Allah berfirman dalam surah Al-Anbiyaa' ayat 25.

    Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".


    * BERINGATLAH WAHAI MANUSIA *

    ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH LIMA ALAM )

    Asaspedoman

    * A M I N *

    LIMA ALAM