Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


Malam Lailatul-Qadar

(MALAM KEMULIAAN / KEBESARAN)

Diantara malam-malam Ramadhan terdapat suatu malam yang di kenali sebagai Lailatul Qadar suatu malam yang mempunyai keberakatan yang teramat besar. Di dalam Al-Quran ia dinyatakan sebagai mempunyai keberkatan dan kelebihan rohaniah yang lebih daripada seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan). Beruntunglah pada sesiapa yang mempunyai keberkatan yang sepenuhnya dari pada malam tersebut, dengan cara menghabiskan masa sepenuhnaya beribadat kepada Allah. Sesungguhnya anugerah ini adalah suatu kurniaan yang amat besar kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. tidak kepada lain-lain ummat-ummat yang lain. Dari itu percayalah wahai sekelian makhluk Allah s.w.t.

Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada ummat Muhammad s.a.w.a dengan malam ini, sebagai suatu kurniaan yang teamat besar dan betapa untungnya orang-orang yang soleh yang tidak pernah ketinggalan beribadat pada malam tersebut.

Allah berfirman dalam surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

  • Ayat di atas mempunyai tigapuluh (30) ayat. Di dalam ayat diatas ada menyebut perkataan Lailatul-Qadar sebanyak tiga (3) kali. Huruf Lailatul-Qadar (dalam huruf Al-Quran) mempunyai sembilan (9) huruf. Jika didarap 9 x 3 = 27. Jadi Para Ulamak menyatakan Malam Lailatul-Qadar itu adalah pada malam duapuluhtujuh (27) Ramadhan.

  • Untuk mendapatkan Malam Lailatul-Qadar kita hendaklah menumpukan berIbadat sesungguhnya pada sepuluh (10) malam terakhir Ramadhan, terutama pada malam-malam ganjil dan pada malam duapuluhtujuh (27) Ramadhan.

TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR

Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai Lailatul Qadar. Baginda menjawab: Ia terdapat pada bulan Ramadhan, pada sepuluh yang terakhir pada malam-malam yang ganjil samada malam ke 21. Ke 23, ke 25, ke 27, ke 29 dan malam terakhir Ramadhan. Sesiapa sahaja yang berjaga malam untuk beribadat dengan iman dan ihtisab (dengan keadaan iman yang ikhlas ingin memperolehi ganjaran) maka terampunlah segala dosa-dosanya yang lampau.

Baginda bersamba lagi: Diantara tanda-tanda malam Lailatul Qadar, pada malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya, tidak panas dan tidak sejuk tetapi sederhana seolah-olah bulan yang memancar terang. Pada malam itu panah-panah api tidak kelihatan memanah syaitan-syitan, keadaan ini tetap berkeadaan begitu sehingga menjelang subuh. Tanda-tanda yang lain pada waktu paginya, matahari akan naik tampa pancaran cahaya, muncul seolah-olah seperti bulan mengambang penuh. Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan naik bersama-sama matahari.

BILAKAH MALAM LAILATUL QADAR?
(Pendapat Iman Al Ghazali Rahimahullah)

Iman Al Ghazali Rahimahullah berpendapat malam berlakunaya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti:

  • Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29hb Ramadhan.
  • JIka awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadhan.
  • Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadhan.
  • Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25hb Ramadhan.
  • Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadhan.
  • Allah berfirman dalam surah Al-Insan ayat 26.

    Yang bermaksud: Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

    Allah berfirman dalam surah As-Sajdah ayat 16 & 17.

    Yang bermaksud: Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

    Allah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 17 & 18.

    Yang bermaksud: Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

    HADIS RASULULLAH S.A.W.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa berdiri dengan solat dan ibadat pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab ( yakin dengan keyakinan yang sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjarannya ) maka dosa-dosanya yang lepas akan di ampunkan.

    Diriwayatkan daripada Anasi r.a katanya, Apabila Ramadhan bermula maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat didalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tertengah (meragui)daripada malam ini sesungguhnya ternafilah dia daripada segala kebaikan. Dan tidaklah yang tertengah daripada kebaikan itu kecuali yang benar-benar tidak bernasib baik.

    * Tertengah bererti menegah dirinya daripada kebaikan yang besar daripada
       Lailatul Qadar
    .

    Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Terdapat beberapa orang dari kalangan Sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut.

    Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para Sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said al-Khudri r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mengerjakan sembahyang subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.

    Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan.

    Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan katanya: Daku berkata …Wahai Rasulullah s.a.w, sekiranya daku bertemu dengan malam Lailatul Qadar, apakah doa yang perlu ku baca? Rasulullah s.a.w. bersabda katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keumpunan terhadap dosa-dosaku, Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.

    Dari itu hendaklah kita memperbanyakan beribadat kepada Allah pada malam sepuluh terakhir Ramadhan atau pada tiap-tiap malam sepanjang tahun dengan sibuk melakukan ibadat seperti Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Taubat, Sunat Hajat, Sunat Witir, membaca Al-Quran, bertafakur, berzikir, memohon keampunan, memohon hajat dan sebagainya, Semoga menerusi RahmatNya Allah akan mengampun dosa-dosa kita yang telah lalu dan akan datang.

    * A M I N *

    ASASPEDOMAN

    * A M I N *

    WASIAT