Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ustaz Malik Ahmad                                                                                  


QADAR ALLAH


ALLAH BERBUAT MENGIKUT KEHENDAKNYA DAN MENENTUKAN SENDIRI

Allah subahannahu wa ta’ala, merajai/menguasai segala kerajaan, menguasai segala kekuasaan. Semua kekuasaan berada di bawah kekuasaan Allah dan semua yang ada di bawah urusan Allah. Dia mengurus dan mengendalikan segala-galanya itu dengan hikmah dan ketentuan yang dikehendakiNya, kerana Allahlah yang berhak menentukan segala-gala apa yang ada dilangit dan di bumi.

Segala pengurusan Allah itu berlaku sesuai dengan ketentuan-ketentuan kehendakNya yang sudah diadakanNya di dalam alam dan dengan undang-undangNya yang tetap berlaku di dalam alam wujud.

Tuhan menjelaskan siapa Dia. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 8.

Yang bermaksud: Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Ar-Ra’d ayat 8)

Allah Maha Suci dari segala kekurangan dan kelemahan. Dia tidak wajib (terpaksa) berbuat sesuatu, Dia sendirilah yang menentukan dan mau berbuat sesuatu.

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (A-Li ‘Imran ayat 26 & 27)

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Allah sendiri menerangkan siapa Dia. Allah berfirman dalam surah Al-Qasas ayat 68.

Yang bermaksud: Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. (Al-Qasas ayat 68)

Allah itu menjadikan dan menentukan pilihan apa kejadian makhlukNya menurut kehendakNya, samaada lelaki atau perempuan, hitam atau putih dan seteruasnya. Tidak seorangpun boleh menentukan pilihannya sendiri.

Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 107.

Yang bermaksud: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yunus ayat 107)

Jadi Allah bertindak mengendalikan kerajaanNya ini menurut kehendakNya, sesuai dengan hikmah kebijaksanaan, keagungan dan rahmatNya.

Allah berfirman dalam surah Fathir ayat 2.

Yang bermaksud: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Fathir ayat 2)

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.

Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah ayat 284)

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh.

Allah berfirman dalam surah Thaha ayat 82.

Yang bermaksud: Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Thaha ayat 82)

Jadi pintu keampunan Allah terbuka luas untuk semua manusia yang mahu kembali kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar, memperbarui dan memperpadatkan keimanan kepada Allah, mengerjakan amalan soleh dan meninggakan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah, seperti yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah akan memberi kebahagian hidup dalam kebenaran dan keyakinan terhadap Allah.

ERTI QADAR ALLAH MENGIKUT AL-QURAN.

Allah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 21.

Yang bermaksud: Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. (Al-Hijr ayat 21)

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 8.

Yang bermaksud: Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Ar-Ra’d ayat 8)

Allah berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 49 & 50.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. (Al-Qamar ayat 49 & 50)

Allah berfirman dalam surah Asy-Syuura ayat 27.

Yang bermaksud: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana), akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. (Asy-Syuura ayat 27)

Allah berfirman dalam surah At-Talaaq ayat 3.

Yang bermaksud: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq ayat 3)

Dari kumpulan ayat-ayat diatas dapatlah diambil kesimpulan, apakah yang dimaksud dengan qadar. Qadar ialah nizam tetap yang ditentukan Allah untuk segala yang wujud, peraturan, undang-undang dan sunnah (ketentuan) yang menghubungkan sebab dengan musabab.


* B E R S A M B U N G *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN KULIAH QADAR ALLAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

QADAR ALLAH