Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ustaz Malik Ahmad                                                                                  


SAMBUNGAN QADAR ALLAH


WAJIB MENGIMANI QADAR.

Hadis shahih dari Rasulillah menegaskan bahawa iman dengan qadar (ketentuan-ketentuan) Allah merupakan sebahagian yang tidak terpisah dari akidah. Yang dimaksudkan dengan itu ialah bahawa Allah menetapkan ketentuan-ketentuan, perundangan dan peraturan (nizam) yang telah dibuatNya untuk seluruh alam ini dan segala sesuatu akan berlaku menurut garis peraturan, ketentuan-ketentuan (sunnah) dan perundangan itu.

Allah berfirman dalam surah Yasin ayat 37 hingga 49.

Yang bermaksud: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan. Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya). Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!", Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (Yasin ayat 37 hingga 49)

Mempercayai qadar merupakan sebahagian dari akidah Islam dan dalam qadar itu tidak ada istilah terpaksa (ijbari).

MENGIMANI QADAR ALLAH

Mengimani Qadar Allah membawa manusia kepada kesedaran/pengertian, bahawa segala yang wujud ini hanya dapat berjalan sesuai dan berlandaskan kepada kebijaksanaan dan rahsia-rahsia Allah yang tinggi dan lusa sekali. Dengan mengimani Qadar Allah manusia tidak lagi bersifat sombong, angkuh apabila memperolehi kesenangan, kedudukan, pangkat dll. Begitu juga manusia tidak akan berkeloh-kesah apabila ditimpa kesusahan maupun penyakit, kerana mereka akan faham semua yang baik atau buruk semuanya datang dari Qadar Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-Hadiid ayat 22 & 23.

Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadiid ayat 22 & 23)

Qadar tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menyerah (tawakal) tampa berbuat apa-apa, apatah lagi untuk melindungi kemaksiatan dan sebagainya. Dan tidak boleh pula dijadikan untuk tempat berpijak (alasan) bagi pendirian "bahawa makhluk hanya menerima, sebab semuanya telah dijangikan oleh Allah (jabariah) tampa ikhtiar dan usaha". Kita seharunya wajib menjadikan keimanan kepada Qadar Allah jalan untuk pendorong kegiatan amal/usaha yang membangun dan menjadi dasar untuk mencapai tujuan-tujuan yang besar yang diizinkan oleh Allah.

Allah berfirman dalam surah At-Taghaabun ayat 2 hingga 4.

Yang bermaksud: Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali. Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (At-Taghaabun ayat 2 hingga 4)

Begitulah diantara pengertian qadar yang boleh kita ketahui (beriman) sepenuhnya dan persoalan yang lebih tinggi berhubung dengan Qadar Allah merupakan rahsia Allah, tidak terfikir oleh akal dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Sama-samalah kita bertaqwa kepada Allah dan qadarNya.

KODRAT DAN IRADAH

Islam memberi keyakinan, bahawa manusia itu dijadikan dengan membawa perbekalan hidup, berupa kodrad, pembawaan jiwa (watak) dan perlengkapan-perlengkapan lainnya. Kodrat yang ada pada diri manusia itu boleh digunakan untuk kebaikan atau jika salah digunakan akan membawa keburukan. Walaupun sebahagian manusia lebih kuat iradah kebaikan dan di bahagian lain lebih kuat imbangan iradah kejahatannya.

Memang ada lebih kurangnya iradah kebaikan dan iradah kejahatan pada setiap manusia, hanya Allah yang mengetahui imbangan dan ukuran jangkaan yang pasti.

Hadis Nabi s.a.w. Diriwayatkan oleh Thabrani, Baihaqi dan Abu Ya’la. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Setiap anak dilahirkan atas dasar fitrah (pembawaan jiwa) yang murni".

"Manusia itu seperti barang-barang timbang, seperti timbang emas dan perak, orang-orang baiknya di zaman jahiliyah orang baik – juga – di dalam Islam, jika mereka memahami Islam".

Diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Asy-Syams ayat 7 hingga 10.

Yang bermaksud: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams ayat 7 hingga 10)

Allah membekalkan manusia dengan akal untuk membezakan yang mana diantara akidah yang benar dengan yang bathil. Untuk mengerjakan perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan/perkara yang salah. Selama akal manusia itu masih mampu membezakan, selama tenaga manusia itu masih kuat, selama perkara yang dirancangkan masih jelas, selama itulah manusia boleh iradah (menentukan) dan ikhtiar (memilih) untuk jalan kehidupan yang diredhai oleh Allah.

Manusia haruslah mengerahkan kodratnya kepada yang dipilihnya untuk dirinya, berupa kebenaran atau kebathilan, berupa kebaikan atau kejahatan, berupa yang benar atau yang salah.

Allah berfirman dalam surah

Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (Al-Insaan ayat 2 hingga 5)

Maka manusia sendiri yang harus melakukan penelitian atas dirinya, apa yang harus dilakukan.

Allah berfirman dalam Surah At-Tuur ayat 21.

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (At-Tuur ayat 21)

Allah berfirman dalam Surah Fussilat ayat 46.

Yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Fussilat ayat 46)

Allah berfirman dalam Surah Asy-Syuura ayat 30.

Yang bermaksud: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Asy-Syuura ayat 30)

Allah berfirman dalam Surah Ar-Ruum ayat 41.

Yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum ayat 41)

Telah terjadi orang-orang musyrik ingin menyalah gunakan masyi-ah (kehendak) Allah, menjadi untuk alasan kemusyrikan mereka, bahawa kalau tidak dikehendaki Allah mereka akan jadi musyrik, tentu mereka tidak akan mempersekutukan Allah.

Allah membetulkan hujjah mereka dengan FirmanNya didalam surah Al-An’aam ayat 148 & 149.

Yang bermaksud: Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya". (Al-An’aam ayat 148 & 149)

Dengan firman Allah ini, tegaklah hujjah Allah yang kuat, untuk menangkius pendirian orang musyrikin yang menyatakan: "Kalau Allah mendaki, niscaya diperkenankanNya mereka dengan petunjuk". Dan Kalu ia begitu tentu di saat itu, mereka bukan manusia yang Allah jadikan dengan mempunyai akal fikiran untuk memilih (ikhtiar).


* A L H A M D U L I L L A H *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH MASYI'AH ALLAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

MASYI'AH ALLAH