Ramadhan - Kuliah

Ditulis oleh : ASAS

BULAN RAMADHAN

Email : asassg@yahoo.com

    Buat Salinan sebelum Membaca                                                                                 


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

  1. Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah, (kerana kedatangan bulan rahmat kelebihan dan keistimewaannya ). Kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan di'afiat Allah daripada sakit matanya pada bulan itu. (Al-Hadis)

  2. Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya Malam LAILATULQADAR yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga mendapatkan malam LAILATULQADAR dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah, di samping sembahyangnya yang sunat, istighfar, tasbih dan berzikir sepanjangnya.

  3. Apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "ALLAH HUAKBAR" 3 kali kemudian bacalah:Maksudnya: Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjat) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaanNya bagi sekelian alam) nescaya bermegah Allah akan dia dengan Malaikat dan fitmanNya:


    HAI MALAIKAT ! SAKSIKANLAH KAMU, BAHAWA AKU TELAH MERDEKAKANNYA DARI API NERAKA.

    * ATAU *

    YA ALLAH! ZAHIRLAH RAMADHAN ATAS KAMI DENGAN KEAMANAN DAN KEIMANAN DAN DENGAN KESELAMATAN DAN KEISLAMAN, TUHANKU DAN TUHAN ENGKAU ALLAH.

  4. Bersabda Nabi s.a.w : bahawa syurga berlengah-lengah ia dan berhias dari tahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah `arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlainya di dalam syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan murni, maka berhiaslah bidadari sekeliannya hingga berdirilah diatas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari: Adakah orang yg hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula Apakah malam ini namanya? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yg cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, lalu Allah berfirman:

    Hai Ridhwan, bukalah pintu syurga Babuljannan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad `Alaihissalam. Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad `Alaihissalam, Hai Jibril, belenggukan syaitan, lontarkannya kedalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadhan tiga kali: Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.

  5. Sabda Nabi s.a.w : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadhan atas segala hari yg lain seperti kelebihan Ramadhan atas segala bulan.

  6. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu.

  7. Sabda Nabi s.a.w : Tidur orang yang berpuasa itu ibadat dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amalan ibadatnya dilipatgandakan.

  8. Puasa itu perisai, sedekah itu memadam kesalahan dosa seperti air memadamkan api.
  9. Semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan.
  10. Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang puasa maka bagi nya seumpama balasan pahala orang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun.

  11. Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangnya, diampunkan dosanya dan bertasbih, bertahlil dibunakan rumah yang indah di dalam syurga.

  12. Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, tiap kali sujud dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan di binakan ruman di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tanggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.

  13. Pada hari kiamat, Allah memerintah Malik Ridhwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malik Ridhwan berikan segala keinginan mereka, dari segala macam makanan dan minuman Syurga. Maka Malik Ridhwan memerintah, anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan, sebagai balasan berlapar di bulan Ramadhan.

  14. Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadhannya dia berbalik badannya sambil menyebut Allah, maka berkata Malaikat kepadanya : " Allah mencucuri rahmat kepada engkau."

  • Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya: ( Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya didalam syurga ).

  • Apabila memakai pakaian, berdoalah pakaian: ( Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga).

  • Apabila memakai kasut, berdoalah kasut: ( Wahai Tuhanku, tetaplah kakinya atas Titian Sirotolmustaqim! ).

  • Apabila memegang timba, berdoalah pula timba: ( Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya gelas syurga! ).

  • Apabila mengimbil air sembahyang, berdoalah air itu: ( Wahai Tuhanku, sucikanlah daripada segala dosa dan kesalahan! ).

  • Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku, cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah / lapangkan kuburnya serta menilik Allah kepadanya,maksudnya: hambaku berdoa dan Aku memerima! ).

    1. Malaikat yang banyak muka sujud kepada Allah pada hari kiamat, satu muka sujud, satu muka melihat Syurga, satu muka melihat Neraraka, satu muka melihat `Arasy, lalu berkata Malaikat itu: Wahai Tuhanku, ampunkanlah umat Muhammad, kasihhanilah mereka!. Jangan disiksa orang yang berpuasa Ramadhan dari umat Muhammad!.

    2. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadhan hingga akhir malam Ramadhan. Tiap orang yang bersembahyang pada malamnya ditulis baginya tiap satu sujud, seribu tujuh ratus kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada emas merah indah, baginya tujuh pintu daripada emas yang merah indah. Orang yang berpuasa pada awal Ramadhan, di ampunkan segala dosanya hingga keakhir bulan Ramadhan, dibina baginya tiap - tiap hari mahligai di dalam syurga, mempunyai seribu daripada emas dan meminta ampun baginya 70 ribu Malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari.

    3. Sabda Nabi s.a.w : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajad orang dan supaya orang meminta tolong kepadanya pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan. Mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah.

    4. Bahawa didalam syurga terdapat bilik-bilik, dilihat dari luar nampak didalannya dan dilihat dari dalam kelihatan luarnya. Berkata sahabat: Untuk siapakah itu ya Rasulullah? Lantas beliau menjawab: Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia dalam nyanyak tidur.

    5. Sabda Nabi s.a.w : diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya:

  • Bau mulut orang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah.

  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar.

  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKU, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahawatnya, makan minumnya kerana Aku.

  • Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan menemui Tuhan di Akhirat.
    1. Sabda Nabi s.a.w : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu, dan amalan fardu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan pahala adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya), dan sabar itu adalah syurga balasannya. Bulan ini di lebihkan rezki kepada hamdaNya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa, barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa, pahalanya seperti memerdekakan hamba, dan diampunkan dosanya. Berkata sahabat: Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah? - Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air. Barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari pada kolam Haudh, sejenis miniman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

    2. Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredaan Allah dan keampunan hambanya. Orang yang mendapat keredaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat mendapatkan syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benarbenar melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yg banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul qadar.

    3. Apabila berakhir bulan Ramadhan, menangis wali-wali Allah kerana berpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatganda daripada bulan-bulan yang lainnya. Bulan Allah mudah menerima ampun taubat hamba-hambaNya, bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul-qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang solihin, yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun-tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur?.

    4. Apabila berakhir malam bulan Ramadhan, menangislah tujuh petalalangit dan tujuh petala bumi dan segala Malaikat, kerana belalu Ramadhan berlalulah kelebihannya, sebab musibah bagi umatku dan duduk segala Malaikat bagi musibah, orang bertanya: Ya Rasulullah, apa itu musibah? Jawab Rasulullah s.a.w : kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur terangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!

    5. Malam Lailatulqadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan beberapa Malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapat malam Lailatulqadar yang terahsia itu yang tidak diketahui manusia, hanya orang-orang solihin yang muqarrabun, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuluh malam Ramadhan yang terakhir maka diampunkan Tuhan segala dosa-dosanya. Dipahalakannya dengan banyak, dirahmatkannya dengan penuh limpah kurnia dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatulqadar itu suatu keberuntungan kebahagiaannya bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hayatnya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

    6. Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam beribadat, bertakbir `Allahu Akbar' sepanjang malamnya, akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ibadatnya dan takbirnya, tidak dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.

    7. Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan ditulis pada tiap langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari kiamat bersamaku di bawah `Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya. Isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar, Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariam dan siapa menyampai hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya. Siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang mempunyai anak isterinya) setiap langkah kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat seribu darjat baginya.

    8. Sabda Nabi s.a.w : Tidak seorang hamba yang berpuasa Ramadhan, diam tidak berkata-kata yang sia-sia dan daripada yang haram dan yang makruh dan sentiasa menyebut Allah (berzikir Allah), menghalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tidak mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadhan, telah diampunkan baginya segala dosanya dan setiap tasbih, dibinakan sebuah rumah yg terindah di dalam syurga daripada zamrud, di dalannya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( Huurul`ain-isteri syurga), terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi sekelilingnya.

    9. Pada malam Lailatulqadar, Allah Ta'ala menyuruh akan Jibril `Alaihissalam turun ke bumi,lalu turunlah Jibril ke dalam perhimpunan Malaikat kebumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan di atas Ka`abah, baginya 600 sayapnya, setengahnya tidak dibuka keduanya melainkan pada malam Lailatulqadar baru dibukakan keduanya sehingga sampai dari timur ke barat (masyriq ke magrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad. Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berberjaga pada malam Lailatulqadar beribadat kerana mencari keredhan Allah dan orang yang duduk beribadat, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.....berkata para Malaikat kepada Jibril, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad s.a.w pada bulan Ramadhan ini! BerkataJibril: Bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadat kepadaNya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tidak diampunkan dosanya,iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan Ibubapanya, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada tiga hari.

    10. Apabila pada malam akhir Ramadhan dimanakah malam persalinan. Pada pagi hariraya aidilfitri didatangkan Allah Malaikat kepada tiap negeri, turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia. Berkata mereka: Hai umat Muhammad ! keluarlah kamu mengadap Tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa besar. Apabila tibalah umat Muhammad ketempat sembahyang. Firman Allah kepada Malaikat: Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya? Jawab Malaikat: Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah Aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang ialah keredaanKu dam keampunanKU kepada mereka! Maka FirmanNya lagi: Hai segala hambaKu, pohonkanlah kamu kepadaKu, maka demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu!

    KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH:

    MALAM 1 - Di ampunkan dosa-dosa orang beriman seperti keadaan bayi yang baru lahir.

    MALAM 2 - Di ampunkan dosa-dosa orang yang beriman serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

    MALAM 3 - Para Malaikat berseru di bawah `Arasy menyaru kepada manusia mendirikan sembahyang terawih agar solatnya pada malam yg lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa mereka.

    MALAM 4 - Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

    MALAM 5 - Allah kurniakan baginya pahala seperti orang sembahyang di Masjiddilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

    MALAM 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-Malaikat yang tawaf di Baitul Ma`amur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batudan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

    MALAM 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong beliau menentang musuh Fir`aun dan Hamman.

    MALAM 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

    MALAM 9 - Allah kurniakan pahala dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    MALAM 10- Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan diakhirat.

    MALAM 11- Ketika ia meninggal dunia didalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

    MALAM 12- Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan wajah yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

    MALAM 13- Pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari segala kejahatan dan keburukan.

    MALAM 14- Malaikat akan datang menyaksikan mereka bersembahyang terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

    MALAM 15- Malaikat yang menanggung `Arasy, akan berselawat dan berdoa supaya Allah mengampunkan mereka.

    MALAM 16- Allah menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari pi neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

    MALAM 17- Allah kurniakan baginya pahalanya seperti pahala Nabi-nabi.

    MALAM 18- Malaikat akan menyaru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah taala redha kepada engkau dan ibubapamu yang masih hidup atau mati).

    MALAM 19- Allah akan meninggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

    MALAM 20- Allah kurniakan kepadanya pahala seperti orang yang mati syahid dan orang-orang solih.

    MALAM 21- Allah akan bina untuknya sebuah mahligai di dalam Syurga yang diperbuat daripada cahaya (nur).

    MALAM 22- Pada hari kiamat dalam keadaan aman dari keadaan huru-hara.

    MALAM 23- Allah akan binakan untuknya sebuah bandar didalam Syurga daripada nur.

    MALAM 24- Allah akan membuka peluang untuk 20 ibadat (doa) yang mustajab pada malam itu.

    MALAM 25- Allah Taala akan mengangkatkan siksa kubur darinya.

    MALAM 26- Allah akan mengurniakan pahala seumpama 40 tahun ibadat pada malam itu.

    MALAM 27- Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan ketika melintas atas Titian Sirotolmustaqim sepantas kilat.

    MALAM 28- Allah akan menaikan kedudukannya 1000 darjat di akhirat.

    MALAM 29- Allah akan mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

    MALAM 30- Allah akan memberi segala kenikmatanNya dan kesenangan didalam Syurga seperti Nabi Muhammad s.a.w.


    * SEMOGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG DI PAPARKAN *

    ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH RENUNGAN )

    PAPARAN UTAMA

    * A M I N *

    RENUNGAN