Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


RASUL-RASUL ALLAH


Umat Islam kaum Ahlussunnah Wal Jamaah mempercayai sekelian Rasul Allah yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan kitab-kitab suci kepada manusia, Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah sejak dahulu lagi bilangannya, sampai 124,000 orang. Tetapi Rasul-rasulnya hanya 315 orang sahaja, bermulanya dengan Nabi Adam a.s dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. Sesudah Nabi Muhammad s.a.w. tiada ada lagi Nabi dan Rasul. Nabi-nabi yang wajib diketahui hanya 25 orang iaitu mereka yang disebutkan didalam Al-Qur'an sahaja yang lain tidak wajib diketahui.


Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang 25 itu ialah:

1. NABI ADAM A.S.

14. NABI SYU'AIB A.S.

2. NABI IDRIS A.S.

15. NABI YUNUS A.S.

3. NABI NUH A.S.

16. NABI MUSA A.S.

4. NABI HUD A.S.

17. NABI HARUN A.S.

5. NABI SALIH A.S.

18. NABI ILYAS A.S.

6. NABI IBRAHIM A.S.

19. NABI ILYASA A.S.

7. NABI LUT A.S.

20. NABI DAUD A.S.

8. NABI ISMAIL A.S.

21. NABI SULAIMAN A.S.

9. NABI ISHAQ A.S.

22. NABI ZAKARIA A.S.

10. NABI YA’QUB A.S.

23. NABI YAHYA A.S.

11. NABI YUSUF A.S.

24. NABI ISA A.S.

12. NABI AYYUB A.S.

25. NABI MUHAMMAD S.A.W.

13. NABI ZULKIFLI A.S.

 

Hanya 25 orang ini Nabi-nabi/Rasul-rasul yang disebutkan namanya dalam Al-Qur'an yang wajib kita percaya adanya dan kita yakin kebenaran ajarannya.

Sifat-sifat yang wajib (mesti) ada pada Rasul ada empat (4) dan yang mustahil (tidak mungkin) ada empat (4).

1. SHIDIQ (benar)

mustahil ia PENDUSTA.

2. AMANAH (dipercayai)

mustahil ia KHIANAT

3. TABLIGH (menyampaikan)

mustahil ia MENYEMBUNYIKAN

4. FATHANAH (pintar)

mustahil ia DUNGU.

Rasul-rasul itu adalah orang yang benar, amanah, bersifat Tabligh dan pintar (berilmu). Rasul-rasul adalah orang-orang pilihan yang diangkat Allah menjadi Rasul. Allah tidak akan memilih orang-orang pembohong, khianat atau dunggu menjadi RasulNya. Didalam sifat amanah termasuk sifat ma'shum yakni terpelihara dari dosa.

Firman Allah: dalam surah Al-Maa'idah ayat 67.

Yang bermaksud: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

Firman Allah: dalam surah Asy-Syu'araa ayat 107.

Yang bermaksud: Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, yang diutus oleh Allah kepada kamu.

Firman Allah: dalam surah An-Nahl ayat 125

Yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Diantara Rasul-rasul itu ada 5 orang yang dinamakan ULUL`AZMI iaitu Rasul-rasul yang sangat teguh dan sangat tahan dalam menjalankan perintah-perintah Allah.

Rasul-rasul ULUL `AZMI itu ialah:

   1. NABI MUHAMMAD S.A.W.

   2. NABI NUH A.S.

   3. NABI IBRAHIM A.S.

   4. NABI ISA A.S.

   5. NABI 'ISA A.S.

Firman Allah: dalam surah Al-Ahqaaf ayat 35.

Yang bermaksud: (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.

Rasul-rasul Ulul`Azmi ini diterangkan namanya terang-terangan dalam Al-Qur'an yang bermaksud:-

Firman Allah: dalam surah Al-Ahzaab ayat 7

Yang bermaksud: (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka).

Firman Allah: dalam surah Asy-Syu'ra ayat 13.

Yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Ahlussunnah Wal Jama'ah mempercayai bahawa setiap Rasul itu diberi perlengkapan mukjizat oleh Allah untuk memperkuatkan dakwah mereka masing-masing. Mukjizat ialah suatu kelebihan luar biasa yang diberikan Allah kepada Rasul-rasul untuk dijadikan dalil memperkuatkan dakwah (kebesaran Allah) dan risalah (ajaran/pertunjuk) yang dibawanya.

KITAB-KITAB SUCI

Umat Islam mempercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah kepada Rasul-rasulnya untuk disampaikan kepada umat manusia seluruhnya.

Kitab-kitab suci itu banyak kerana Rasul-rasul pun ramai tetapi yang wajib kita percayai hanya empat (4) buah iaitu:

1. Kitab suci TAURAT yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

2. Kitab suci ZABUR yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

3. Kitab suci INJIL yang diturunkan kepada Nabi 'Isa a.s.

4. Kitab suci AL-QUR’AN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN PEDOMAN RASUL ALLAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN RASUL ALLAH