Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


SAMBUNGAN RASUL-RASUL ALLAH



KENABIAN ADALAH SATU ANUGRAH TUHAN.

Kenabian itu diberi kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dan ia menentukan siapa yang dikehendaki. Orang yang dilantik menjadi Nabi, dengan cara mudah, tetapi setelah menjadi nabi banyak dugaan yang hadapinya untuk menegakkan perintah Allah (ugama).

Firman Allah dalam surah Al-Al-Imraan ayat 74.

Yang bermaksud: Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

Firman Allah dalam surah Al-Al-Imraan ayat 33.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 75.

Yang bermaksud: Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. .

PERBEZAAN NABI DAN RASUL.

NABI - Saorang lelaki yang menerima wahyu daripada Allah dan tidak di minta untuk disampaikan.

RASUL - Saorang lelaki mempunya isha'ak.Rasul menerima wahyu daripada Allah untuk di sampaikan.

Jika begitu Rasul itu lebih tinggi darjatnya disisi Allah daripada Nabi, kerana tiap-tiap Rasul itu Nabi dan bukan tiap-tiap Nabi itu Rasul.

Bilangan Nabi lebih 120,000 orang dan Rasul dalam lingkungan 312 -315 orang Rasul sahaja.

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' ayat 164.

Yang bermaksud: Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam, ayat 83, 84, 85, 86 & 87, juz ketujun :-

Yang bermaksud: Dan itulah hujjah (bukti) Kami yang Kami berikan kepada

Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaum-kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya.

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam, ayat 87, juz ketujun :-

Yang bermaksud: Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

ALLAH TIDAK MEMBEZAKAN PARA AMBI'AK (RASUL).

Allah berfirman dalam surah Al-Bakarah , ayat 285.

Yang bermaksud: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

KELEBIHAN PARA AMBI'AK (RASUL).

Allah Ta'ala memberi darjat/kelebihan kepada para Ambi'ak adalah berlainan diantara satu sama lain. Darjat Nabi Muhammad s.a.w adalah yang tertinggi.

Allah berfirman dalam surah Al-'Imraan ayat 81.

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."

Allah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 55.

Yang bermaksud: Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Allah berfirman dalam surah Al-Baquarah ayat 253.

Yang bermaksud: Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

PERBEZAAN DIANTARA NABI DAN RAJA.

1. kenabian itu tidak mungkin di dapati dari pesaka.

Allah berfirman dalam surah Ad-Dukhaan ayat 32.

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),

2. Kenabian itu tidak diberi pada orang kafir sama sekali.

Nabi di beri kepada orang yang beriman, berbeza dengan raja dan sultan, Allah beri pada orang kafir.

Allah berfirman dalam surah Az-Zukhruf ayat 51 & 52.

Yang bermaksud: Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 159.

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

3. Kenabian ini khas hanya pada lelaki.

Allah berfirman dalam surah Al-Anbi'ya ayat 7.

Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat) ; maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui

Nabi mempunyai sifat mujahadah dan sabar, semua nabi diuji oleh Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-Furqaan ayat 20.

Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 109.

Yang berbaksud: Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

Pada kesimpulannya, kenabian itu mempunyai bidang tugas yang luas dan matelamatnya sangat mulia. Metalamat yang pertama : Berdawah dan beriman kepada Allah. Yang kedua: Berdawah kepada semua umat manusia untuk beriman pada hari Kiamat. Yang ketiga: Mensedikitkan keperluan dunia dan memperbanyakan keperluan akhirat dan menyaru dan menyampaikan kepada umat manusia untuk melaksanakan perintah-perintah Allah.

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran 185.

Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Allah berfirman dalam surah Al-'Ankabut ayat 64.

Yang bermaksud: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

TIADA RASUL DARI KALANGAN JIN & MALAIKAT.

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 130.

Yang bermaksud: Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Dalil yang menunjukan tiada rasul dari kalangan Jin dan Malaikat adalah seperti yang dinyatakan pada ayat berikut:-

Allah berfirman dalam surah Al-Anbi'ya ayat 7.

Yang bermaksud: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat) ; maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

UJIAN DAN ANUGRAH ALLAH KEPADA NABI SULAIMAN.

Allah berfirman dalam surah Saad ayat 34 hingga 39.

Yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami). Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya. Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".

SEMUGA TUAN-TUAN MENDAPAT FAEDAH DARI APA YANG DINYATAKAN DIATAS DAN SAMPAIKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MAHU BERINGAT

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN MALAIKAT )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

SAMBUNGAN MALAIKAT