Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


ALAM ROH (ALAM ZURIAT)


Dari Alam Roh inilah asal kejadian manusia, yang di cipta oleh Allah s.w.t. Di mana Allah mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang sulbi ) belakang Nabi Adam. Marilah kita sama-sama merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran berhubung dengan perkara ini:

Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85.

Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Didalam surah Al-A'raaf, juz kesembilan, ayat 172, 173 & 174, Allah Ta'ala berfirman :

Yang bermaksud :Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang sulbi ) belakang mereka (Nabi Adam), dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

HADIS RASULULLAH S.A.W.:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w , Baginda bertongkatkan pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada anggapanku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah s.a.w menjawab dengan membaca ayat yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t telah berfirman kepada penghuni Neraka yang paling ringan siksaannya: Seandainya kamu mempunyai dunia yang penuh dengan kelengkapannya, mahukah kamu menebus dirimu dengan semuanya itu? Orang itu menjawab: Ya! Allah s.w.t berfirman lagi: Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang lebih ringan berbanding dengan perkara ini ketika engkau berada di tulang sulbi Nabi Adam, iaitu agar engkau tidak menyekutukan Aku. Aku menyangka engkau melaksanakan permintaan tersebut. Allah s.w.t berfirman: Aku juga tidak akan memasukkan kamu ke dalam Neraka, tetapi kamu ingkar dan tetap menyekutukan Aku.

Allah Ta'ala telah mengeluarkan zuriat daripada tulang sulbi Nabi Adam. Dengan ayat dan hadis diatas, nyatalah semua manusia (roh manusia) pada Alam Roh telah dicipta oleh Allah Ta'ala daripada tulang sulbi Nabi Adam. Dari Alam Roh lagi, mereka telah bersumpah TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH dan telah berjanji tidak akan mensyirikkan Allah.

SILA TEKAN BERIKUT UNTUK DI SAMBUNGKAN TERUS KE ALAM RAHIM

Asaspedoman

* A M I N *

ALAM RAHIM