Sifat20 - Kuliah

Ditulis oleh : ASAS

S I F A T 20

Email : asassg@yahoo.com

     Buat Salinan sebelum Membaca                                                                                 


ALHAM DULILLAH, PUJI DAN PUJIAN BAGI ALLAH, SALAWAT DAN SALAM KAPADA NABI MUHAMMAD S.A.W., KELUARGA SERTA SAHABAT-SAHABATNYA.


MA'RIFATULLAH:

Perkara yang pertama yang diutamakan oleh syariat Islam, keatas tiap-tiap mukallaf ialah MA'RIFATULLAH. Mengenal Allah: Mengenal sifat-sifat Allah, dengan dalil-dalil yang terang.

ZATUL LAH (Zat Allah):

Tidak siapa pun boleh mengatahui Zat Allah melainkan Allah jua. Dari itu segala apa yang terlintas dihati kecil mu, atau terfikir di fikiran mu adalah Allah berlainan dari segala-galanya itu.

SIFATUL LAH (Sifat-sifat Allah).

Mengenal sifat-sifat Allah itu sama ada dengan cara Ijmalatau dengan Tafsil.

IJMAL

Beriman dan mengetahui akan sifat-sifat Allah dengan jalan ringkas iaitu percaya dengan sungguh-sungguh hati:-

Bahawa Allah bersifat dengan segala SIFATUL KAMAL sifat-sifat kesempurnaan,yang tidak terhingga banyaknya, saperti berkuasa dan berilmu. Tidak bersifat dengan segala SIFATUN NOQSAN iaitu sifat-sifat kekurangan dan kehinaan saperti sifat lemah dan bodoh.

Beriman dan mengetahui akan sifat-sifat Allah dengan lanjut serta dengan huraiyannya satu persatu dan dalil-dalil yang menunjukan sifat-sifat itu.

Sifat-sifat Tafsil itu terhimpun didalam dua puluh sifat iaitu sifat-sifat yang wajib bagi Allah.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

  1. Wujud ertinya Ada
  2. Qidam ertinya Tidak permulaan adaNya.
  3. Baqa ertinya Kekal selama-lamanya.
  4. Mukhalafatuhu Ta'ala ertinya Allah menyalahi bagi segala Lil Hawadis
      yang baru
  5. Qiyyangamuhu Binafsih ertinya Berdiri dengan sendiri
  6. Wahdaniah ertinya Maha Esa (Tunggal)
  7. Qudrah ertinya Berkuasa
  8. Iradah ertinya Berkehendak
  9. Ilmun ertinya Mengetahui
10. Hayatun ertinya Hidup
11. Samiun ertinya Mendengar
12. Basarun ertinya Melihat
13. Kalamun ertinya Berkata-kata
14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya Yang berkuasa
15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya Yang berkehendak
16. Kaunuhu Taala `Aaliman ertinya Yang mengetahui
17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya Yang hidup
18. Kaunahu Taala Sami'an ertinya Yang mendengar
19. Kaunuhu Taala Bashiran ertinya Yang melihat
20. Kaunuhu Taala Mutakalliman ertinya Yang berkata


KAPADA ALLAH DISERAHKAN BARANG DIKURNIAKAN HIDAYAH TAUFIK DAN DIKEKALKAN KESIHATAN SERTAMENDAPAT KEAMPUNAN  BAGI DIRI DAN KEDUA IBU BAPA, MUSLIMIN MUSLIMAT UMUMNYA .... AMIN.

1. UJUD

ALLAH TAALA ITU ADA. Adanya Allah Ta'ala itu dengan sendirinya. Tidak ada permulaan dan tiada ada kesudahan.

Firman Allah: Ertinya.. Tiada ada satu pun Tuhan yang sebenar melainkan . Allah. Manusia juga ada. Tetapi adanya manusia bukan dengan sendiri. Manusia ada pe-mulaan iaitu Ibu yang melahirkan. Manusia ada Kesudahan iaitu mesti mati.Yangdemikian adanya Allah dan sekelian makhluk Allah berlainan dari segi sifat ujudNya.

Lawan Sifat Ujud

A'DAM ertinya Tiada. Mustahil bagi Allah bersifat dengan TIADA, kerana sifat tiada itu termasuk dalam sifat2 kekurangan.

2. QIDAM

ALLAH TAALA ITU SUDAH SEDIA sebelum suatu yang ada dan sediaNya Allah Taala dengan tiada ada permulan.

Firman Allah: Ertinya.. Dialah yang dahulu sedia tiada permulaan. Manusia tidak sediakerana manusia dijadikan ada permulaan bagi kejadiannya. Barang yang telah diakuibahawa Allah Taala itu ada dan Dia yang mencipta segala-gala yang ada di atas langit, dibawah dan diantaranya.

Lawan Sifat Qidam

HUDUTH ertinya baharu. Allah Tidak boleh bersifat dengan baharu kerana sifat baharu itu adalah sifat kekurangan iaitu mustahil bagi Allah.

3. BAQA

ALLAH TAALA ITU KEKAL. Kekal Allah itu tetap selama-lamanya, tidak ada kesudahan baginya atau binasa.

Firman Allah: Ertinya.. Allah yang mula menjadikan Alam, makhluk-makhluk kemudian dia mengulanginya setelah itu kepadaNya kamu akan kembali. Manusia tidak kekal, kerana ada kesudahan dan akan binasa. Tuhan itu kekal, tidak binasa sekali-kali.

Lawan sifat Baqa

FANA' ertinya binasa. Akal kita tidak terima mengatakan Allah itu binasa, nescayatidak ada suatu pun diatas Alam ini. Dari itu mustahil Allah bersifat dengan FANA' ataubinasa.

4. MUKHALAFATUHU TA'ALA LIL HAWADIS

ALLAH BAGI SEGALA YG BAHRU. Allah berlainan dari segala-galanya,sama ada pada zat sifat atau perbuatan. Segala yang baru itu ialah makhluk. Allah tidak serupa dengan makhluk, kerana makhluk itu yang baru dijadikan.

Firman Allah: Ertinya.. Tidak ada sepertinya sesuatu jua.

Lawan Sifat Mukha Lafah-lil Hawadith

MUMATHA LAH-LIL-HAWADITH ertinya menyerupai dengan segala . yang baruAllah tidak menyerupai sama sekali dengan yang baru, itu mustahil.

5. QIYAMUHU BINAFSIH

BERDIRI DENGAN SENDIRINYA. Allah mengurus segala sesuatu sama ada kecilatau besar dengan sendirinya. Allah tidak berkehendak . Allah pertolongan sesiapa pun tidak berkehendak kapada makhluk yang dijadikanNya. Bahkan makhluk yang berkehendak kapada Allah.

Firman Allah: Ertinya.. Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, lagi berdiri dengan sendirinya.

Lawan Sifat Qiyamuhu Binafsih

IHTIYAJ LI GHAIRIHI ertinya Berkehendak kapada yang lain. Berkehendak kapada yang lain itu mustahil dan tidak diterima oleh akal fikiran bahawa Allah memperlukan bantuan dari pada sesuatu.

6. WAHDANIAH

ASA atau TUNGGAL. Allah itu asa, tidak ada yang sama dengan Nya Tidak adabandingan dan menyerupaiNya. Allah - Tuhan yang asa dan tunggal pada zatNya -sifatNya - perbuatanNya. Jika dikatakan Tuhan itu dua atau lebih, tentulah bertentangan diantara satu dengan yang lain.

Firman Allah: Ertinya.. Katakan bahawa Tuhan itu satu, tidak banyak dan tidak berbilang-bilang.

Lawan Sifat Wahdaniah

TA-ADDUD ertinya berbilang-bilang. Berbilang-bilang itu banyak, kalau Tuhan banyak tentulah tiap-tiap Tuhan berkuasa. Kalau banyak kuasa tentulah berlakukacau bilau - huru hara. Dari itu mustahil Allah berbilang-bilang.

7. QUDRAH

Berkuasa. Allah berkuasa membuat segala suatu yang belum ada dan Allah berkuasa menghapuskan segala sesuatu yang Allah jadikan. Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan, menjadikan dan menghapuskan.

Firman Allah: Ertinya..Allah itu diatas segala suatu Ia berkuasa.

Lawan Sifat Qudrah

AJAZertinya lemah. Iaitu tidak berkuasa. Jikalau Allah itu lemah bolehkah terjadi langit,bumi dan alam?. Kalau Allah tidak berkuasa bolehkah matahari, bintang dan bulan, siangdan malam itu berjalan dengan teratur?. Yang demikian lemah itu mustahil bagi Allah.Harus bagi zat yang Maha Tinggi mengada dan menidak adakan.

8. IRADAH

Berkehendak. Allah Subaha Nahu Wata'ala berkehendak, tidak terjadi suatu melainkan dengan kehendaknya, apa yang dikehendaki mesti jadi dan yang tidak dikehendaki tidak akan jadi. Seperti Allah berkehendak menjadikan dunia ini dan menjadikan tiap-tiap sesuatu didalam dunia. Kemudian Allah mengatur perjalanan dunia, tidak menurut kehendak siapa-siapa.

Firman Allah: ertinya.. Ia melakukan apa yang ia kehendak.

Lawan Sifat Iradah

KARAHAH ertinya terpaksa dan dipaksa. Kalau Allah terpaksa ada yang memaksaNya. Kalau ada sedemikian itu bukan namanya Allah, kerana ia menunjukan lemah, sedangkan lemah itu satu dari sifat kekurangan yang demikian mustahil Allah lemah dan akal fikiran kita tidak menerima sekali-kali.

9. IIMUN

Mengetahui. Allah Subha Nahu Wata'ala - mengetahui dengan tidak ada perantaran akan tiap-tiap suatu yang terang dan tersembunyai yang ada dilangit, dibumi dan diantaranya. Tidak terlindung dalam pengetahuan Allah pengetahuan Allah akan suatu keranameliputi segala-galanya.

Firman Allah: ertinya.. Sesungguhnya Allah amat mengetahu dengan tiap-tiap sesuatu.

Lawan Sifat Ilmun

JAHLUN ertinya bodoh. Iaitu tidak pandai (tidak bijak) atau tidak mengetahui. Mustahil Allah bodoh. Kalau Allah bodoh tidak terjadi sesuatu diatas Alam ini.

10. HAYATUN

HIDUP. Allah itu hidup. Hidup Allah tidak serupa dengan makhluk. Bukan pula seperti hidup tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Hidup makhluk ada nyawa, roh dan perjalanan darah. Hidup makhluk mesti makan dan minum dan berakhir dengan kematian. Hidup tumbuh-tumbuhan dengan air, udara dan cahaya matahari. Tetapi Allah hidup kekal dan tidak ada kesudahannya.

Dalil yang menunjukan Allah itu hidup:

Firman Allah: ertinya.. Tiada Tuhan selain Ia, yang hidup dan tegak (berdiri sendiri).

Lawan Sifat Hayatun>

MAUTUN ertinya mati. Allah tidak boleh bersifat dengan mati. Kalau Allah mati, bagaimana Allah menghidupkan makhluk-makhluknya. Yang demikian mati mustahil bagi Allah.

11. SAMI'UN

MENDENGAR. Allah mendengar tiap-tiap suatu. Allah mendengar apa sahaja yang diperkatakan sama ada kuat atau bisikan atau didalam hati. Pendengaran Allah tiada terhalang dengan apa pun. PendengaranNya tidak seperti pendegaran makhluk, kerana pendengaran makhluk dengan perantaraan telinga, bunyi-bunyi dan suara. Tetapi pendengaran Allah tidak dengan perantaraan sesuatu.

Firman Allah: ertinya.. Dan dia mendengar lagi amat mengetahwi.

Lawan Sifat Sam'un

A'SAM ertinya Pekak. Allah mendengar tidak pekak, pekak itu sifat kekurangan. Kalau Allah pekak, bagaimana ia boleh mendengar permintaan makhluknya dan mengkabulkan permintaan-permintaan setiap hambanya.

12. BASARUN

MELIHAT. Allah melihat tiap-tiap sesuatu. Allah melihat apa sahaja, walau pun semut hitam diwaktu malam yang kelam atau lebih kecil daripadanya. Pengelihatan Allah tidak terlindung dengan sesuatu apa pun sama ada dimuka bumi atau didalamnya, diatas langit dan apa sahaja terkandung dilangit. Pengelihatan Nya tidak seperti makhluk kerana penglihatan makhluk dengan perantaran mata dan biji mata, tetapi penglihatan Allah tidak dengan perantaran sesuatu.

Firman Allah: ertinya.. Dialah yang melihat segala-galanya.

Lawan Sifat Basarun

A'A'-MA ertinya buta. Mustahil Allah buta, iaitu sifat kekurangan. Amat suci Allah daripada sifat kekurangan.

13. KALAMUN

BERKATA-KATA. Allah berkata-kata, perkataan Nya tidak seperti makhluk kerana kata-kata makhluk itu disebut dengan perantaran mulut, lidah dan dua bibir. Sifat-sifat ini termasuk sifat kalam adalah sifat-sifat Qadim yang berdiri atas zat yang qadim iaitu zat Allah, (Al-Quran itu sifat-sifat Allah yang qadim). Kita tidak boleh mengatakan Quran makhluk, walaupun yang dimaksudkan kepada perkataan yang tertulis diatas mashhaf itu kerana perkataan itu adalah gambaran dari kata Allah yang qadim.

Firman Allah: ertinya.. Dan Allah telah berkata-kata kapada Musa dengan sebenar-benarNya.

Lawan Sifat Kalamun

ABKAM ertinya bisu. Kalau Allah tidak berkata atau bisu, bagaimana Ia menyuruh dan melarang.

14. KAUNUHU TAALA QADIRAN

Berkuasa. Mustahil Ia dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai

sifat Qudrah maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkuasa, tidak pernah . berhenti sekejap masa pun Dalilnya sama dengan sifa Qudrah.

15. KAUNUHU TAALA MURIDAN

Allah bersifat Kaunuhu Muridan ertinya dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan tidak menghendaki. Oleh kerana Allah bersifat Iradah maka Ia selalu dalamkeadaan menghendaki. Dalilnya sama seperti dengan dalil sifat Iradah.

16. KAUNUHU TAALA 'AALIMAN

Allah bersifat Kaunuhu `Aaliaman ertinya tetap selalu dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap selalu dalam keadaan berilmu.

Dalilnya sama dengan sifat Ilmu.

17. KAUNUHU TAALA HAYYAN

Allah bersifat Kaunuhu Hayyan ertinya tetap selalu dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayatun maka Ia selalu dalam keadaan hidup. Dalilnya sama dengan sifat Hayatun.

18. KAUNUHU TAALA SAMI'AN

Allah bersifat Kaunuhu Sami'an ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat sam'un maka Ia tetap selalu dalam keadaan mendengar. Dalilnya sama dengan sifat Sam'un.

19. KAUNUHU TAALA BASHIRAN

Allah bersifat Kaunuhu Bashiran ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Basarun maka Ia selalu dalam keadaan melihat. Dalilnya sama dengan sifat Basarun.

20. KAUNUHU TAALA MUTAKALLIMAN

Allah bersifat Kaunuhu Mutakalliman ertinya Allah tetap selalu mempunyai sifat Kalamun, maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkata-kata. Dalilnya sama dengan sifat Kalamun.

Inilah yang dinamakan oleh Ahlussunnah Wal Jama'ah dengan sifat Allah yang dua puluh yang wajib diketahui dan diyakini seyakin-yakinnya oleh setiap Muslim yang akil baligh.

Kalau sudah menyakini sifat 20 yang mesti ada pada Allah dengan sendirinya kita mengetahui sifat 20 yang mustahil pada Allah iaitu lawan dari sifat dua puluh diatas. Mustahil ertinya perkara yang tidak diterima oleh akal fikiran akan adanya perkara itu. Kesimpulan sifat-sifat mustahil itu ialah sifat-sifat yang tidak sempurna bagi Allah.

SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

  1. A`dam (tidak ada) lawannya Ujud (ada)
  2. Huduth (baharu) lawannya Qidam (sedia)
  3. Fana' (binasa) lawannya Baqa' (kekal)
  4. Muma-thalatu-Lil Hawathis lawannya Mukha lafatu Lil Hawathis
     (menyerupa bagi yang baharu) (menyalahi bagi yang baharu)
  5. Ihtiyaj Li-Ghairihi lawannya Qiyamuhu biNafsihi (berkehendak kapada
      yang lain) (berdiri dengan sendiri)
  6. Ta-addud (berbilang-bilang) lawannya Wahdaniah (asa/satu)
  7. A'jazun (lemah) lawannya Qudrah (berkuasa)
  8. Karahah (terpaksa) lawannya Iradah (berkendak)
  9. Jahlun (bodoh) lawannya Ilmun (mengetahui)
10. Mautun (mati) lawannya Hayatun (hidup)
11. A-samun (pekak) lawannya Samiu'n (hidup)
12. A-A'ma (buta) lawannya Basarun (melhat)
13. Abkamun (bisu) lawannya Kalamun (berkata)

Sifat Harus Pada Hak Allah

Tiap-tiap suatu yang dilakukan oleh Allah atau tidak dilakukan olehNya.

Firman Allah: ertinya.. Tuhanmu yang menjadikan apa yang dikehendakiNya dan apa yang dipilih Nya.


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE KULIAH HUSNA )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN HUSNA