Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


SYARAT - SYARAT TAUBAT


Taubat itu wajib, taubat bermaksud kembali kepada Allah. Taubat Nasuha bermaksud taubat yang sunguh-sunguh, tidak akan kembali pada perbuatan-perbuatan yang lalu (meninggakan terus).

  1. Hendaklah meninggalakan segala dosa-dosa yang dilakukan. Meninggalkan semuanya tampa mengulanginya lagi.

  2. Hendaklah menyasali segala perbuatan yang telah lalu.

  3. Berazam tidak akan melakukannya kembali segala dosa , sama ada dosa kecil atau bersar.

  4. Jika dosa itu berkaitan dengan anak Adam, hendaklah kita meminta maaf kepada sesiapa yang telah kita lakukan dosa.

Allah berfirman dalam surah An-Nuur ayat 31.

Yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Allah berfirman dalam surah Hud ayat 88, 89 & 90.

Yang bermaksud: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka). Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".

Allah berfirman dalam surah Al-Juathiyah ayat 18.

Yang bermaksud: Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

* Syariat bemaksud peraturan/perundangan.

Allah berfirman dalam surah Al-Tahriim ayat 8.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Allah berfirman dalam surah Al-Bakarah ayat 159 & 160.

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 17 & 18.

Yang bermaksud: Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 54.

Yang bermaksud: Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 111 & 112.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Demi Allah aku meminta keampunan daripada Allah lebih dari 70 kali sehari.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Tiap-tiap perkara ada ubatnya, ubat pada dosa adalah bertaubat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak ada sesuatu yang lebih kasih daripada Allah, melainkan saorang pemuda yang bertaubat dan tidak ada sesuatu yang Allah murka, daripada orang tua yang mengekalkan kerja-kerja dosa.

Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai manusia, bertaubatlah kamu pada tuhan kamu.

  • Segeralah dirimu dengan amalan soleh.

  • Malam dan siang itu adalah kenderaan Allah, kerana ianya mendekatkan (menyampaikan) kita keakhirat.

  • Janganlah kamu membuat alasan melengah-lengah kerana mati itu datang mengejut.

  • Janganlah kamu terpedaya dengan lemah lembut Allah, bersegeralah kamu dengan amalan soleh.

  • Hendaklah kamu ikat perhubungan kamu dengan Allah.

  • Apabila kamu berhubung rapat dengan Allah, nescaya bahagialah kamu dalam kehidupan.

  • Hendalah kamu banyak bersedekah.

  • Hendaklah kamu mencegah dari perkara mungkar


  • ~ BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH ~
    * A L H A M D U L L I L L A H *

    ( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN IMAN )

    PAPARAN UTAMA

    * A M I N *

    PEDOMAN IMAN