Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


UMUM UNTUK SEMUA

ROSAKNYA AGAMA KERANA RAKUS HARTA DAN AMBISI (AMBITION) KEPIMPINAN.

Banyak sekali yang telah terjadi di muka bumi ini tentang keinginan-keinginan dalam hati manusia yang tersenbunyi dalam hati yang bolah merosakkan (Mahabbah dan Abudiuh) kepada Allah serta keikhlasan beragama.

Syaddad bin Aus bin Thabit Al Ansari r.a., salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang pernah mengkhususkan dirinya beribadat kepada Allah, sesudah terbunuh Othman bin Affan r.a. Syaddad bin Aus r.a. adalah seorang yang sangat fasih lidahnya lagi alim dan bijaksana. Dia meninggal dunia di Al Quds pada tahun 75 Hijrah Berkata ia : Hai sisa-sisa orang Arab! Hai sisa-sia orang Arab! Sesungguhnya yang amat aku khuatir dan bimbang sekali keatas kamu sekelian ialah Riya' dan keinginan hawa nafsu yang tersembunyi.

Abu Daud As Sajestani salah seorang Imam hadith (Al Muhadithin) yang pernah menjadi murid kepada Al Imam Ahmad, meninggal dunia pada tahun 275 Hijrah. Apabila ditanya kepada beliau tentang syahwat yang tersembunyi yang di maksudkan oleh sahabat Nabi Syaddad bin Aus itu, beliau menjawab : Ambisi Kepimpinan itu ialah tamak dan rakus kepada kepimpinan.

Ka'ab bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak ada dua serigala lapar yang dilepaskan di kandang kambing yang justru sangat berbahaya baginya, tetapi akan lebih bahaya kerakusan seseorang terhadap harta dan kedudukan bagi agamanya. Tarmidzi berkata, hadith ini basan - shahih.

Qatadah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap sesuatu yang ada dari anak Adam pasti tua kecuwali dua perkara yaitu (1) Tamak dan Rakus (2) Angan-angan.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata : Yang sangat aku takut keatas kamu dua perkara (1) Panjang angan-angan (2) Mengikut hawa nafsu.

Kerana panjang angan-angan itu boleh melupakan akhirat dan mengikut hawa nafsu itu boleh menghalang dari kebenaran (yakni hak).

KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARRAM :

Daripada Abi Hurairata Radiallahu Anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : seafdhal - afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram..

Rasulullah s.a.w telah bersabda : seafdhal - afdhal sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang malam.

Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : seorang lelaki bertanya kepadaku katanya : Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Ali berkata kepadaku : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu beertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.

KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA'

Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asura' dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu.

Makna hari Asyura' ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang di tuntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad.

Pada asal kalimat (Amaro) perintah wajib berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram, kerana di nasakhkan menjadi sunnat perintah puasa pada hari Asyura' itu pahalanya sangat besar.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan

Daripada A'isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura' itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan maka puasa pada hari Asyura' itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura'. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ketinggalan semuanya.......AMIN.


~ A L H A M D U L L I L L A H ~

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PEDOMAN KHALIFAH )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PEDOMAN KHALIFAH