Wanita - Kuliah

Ditulis oleh : ASAS

W A N I T A

Email : asassg@yahoo.com

    Buat Salinan sebelum Membaca                                                                                 


PAKAIAN WANITA ISLAM


PENDEDAHAN AURAT:

Dimana-mana sahaja hari ini kita dapat lihat wanita-wanita Islam kita dengan tidak silu dan malu mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai. Dengan pakaian-pakaian terdedah disana sini dengan fesyen rambut yang berbagai bentuk dan dengan anika alat perhiasan dibadan, menunjukan seolah-olah larangan Islam tidak di pedulikan langsung. Pendedahan aurat di kalangan wanita Islam hari ini adalah disebabkan oleh tiga faktur besar yang melingkungi mereka. Faktur-faktur itu ialah kelemahan ibubapa, tekanan peraturan-peraturan dan pengaruh sekitar.

KELEMAHAN IBUBAPA:

Kelemahan ini bermakna kurang perhatian dan kurang mengambil berat dikalangan ibubapa terhadap anak-anaknya. Samada mereka berpakaian menutup aurat ataupun tidak. Ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan ibubapa tersebut mengenai aurat dalam Islam atau kerana cuai dan tidak tegas dikalangan setengah-tengah ibu bapa yang berpengetahuan Agama. Terkadang-kadang terdapat tokoh-tokoh Agama juga tenggelam didalam arus ini.

TEKANAN PERATURAN :

Di negara ini ada terdapat badan-badan dan Institusi-institusi yang mempunyai perkerja-perkerja dan pegawai-pegawainya dari kaum wanita. Maka atas alasan untuk menseragamkan pakaian-pakaian perkerja-perkerja ini, lalu ditetapkan peraturan pakaian seperti peRaturan pakaian seragam murid-murid perempuan di sekolah-sekolah, jururawat-jururawat wanita di beberapa badan swasta yang tertentu. Jadi oleh kerana adanya peraturan-peratuarn ini, maka atau tidak mahu dan tahu haram atau tidak tahu, terpaksa mereka melanggar dan tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya.

PENGARUH SEKITAR:

Pengaruh sekitar adalah merupakan salah satu faktur yang membawa wanita-wanita Islam khasnya dan masyarakat kita amnya, terikut-ikut kepada perbuatan mendedahkan aurat. Pengaruh sekitar ini berasal dari Dasar Pembebasan Wanita kononnya yang sedang diperjuangkan oleh Pertubuhan Pembebasan Wanita Dunia oleh Pertubuhan Pembebasan Wanita Dunia (The Women's Lib) dengan hebatnya sekarang terutama di Dunia Barat. Kemuncak pendedahan aurat wanita dengan Pesta Ratu Cantik dll.


Wanita dilarang menampakkan perhiasan tubuh mereka melainkan apa zahir darinya.

  1. Aurat Wanita itu adalah seluruh tubuh tampa pengecualian sekiranya wanita terpaksa berhadapan dengan lelaki yang ajnabi. Mereka hanya di izinkan memperlihatkan pakaian luar mereka kerana ia amat sukar untuk di sembunyikan.

  2. Aurat wanita itu adalah seluruh tubuh melainkan bahagian-bahagian angota yang biasa terdedah iaitu muka dan tapak tangan.

  3. Wanita mukminah hanya dibenarkan berhubung dengan lelaki asing sekiranya terdapat sesuatu hajat yang sangat penting yang di izinkan oleh Syarak.

    Mereka hendaklah memenuhi syarat-syarat di bawah ini:-

    a). Kerana sesuatu hajat penting yang di izinkan Syarak.
    b). Di sebalik tabir atau di temani oleh muhram.
    c). Menggunakan kata-kata yang jelas, tepat dan padat tampa
         melembutkan suara atau menggunakan kata-kata yang boleh di
         tafsirkan dengan maksud yang lain.
    d). Di tempat dan di dalam suasana yang tidak menibulkan fitnah.

  4. Jika saorang lelaki mempunyai sebarang keperluan dengan wanita, adalah lebih utama mereka menggunakan surat, mewakilkan kepada isteri atau wanita mahram, serta mengunakan talipon dengan kata-kata yang tepat, rengkas dan tegas.

  5. Kelonggaran yang di izinkan oleh Syarak, membolehkan perhubungan wanita dengan masyarakat luar kadangkala terutama lelaki janganlah disalah gunakan demi untuk kepuasan hawa nafsu dan menuruti bisikan syaitan yang sentiasa mengajak kearah maksiat dan mungkar. Kita tidak mahu dengan kelonggaran ini di jadikan alasan untuk wanita mendampingi atau memperlihatkan aurat mereka kepada lelaki yang dihajatinya untuk sesuatu tujuan yang tidakbaik. Demikian juga pada lelaki dimana sebahagian mereka sentiasa mencari helah untuk melihat dan menikmati aurat wanita yang terdedah dengan kerelaan mereka sendiri.

Allah Berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 97.

Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan ia, dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Rasullah s.a.w. bersabda:

Apabila sesuatu maksiat dilakukan dihadapan seseorang ataupun satu puak dan mereka tidak menegahnya walaupun berkuasa, maka Allah s.w.t akan menurut azab yang pedih keatas mereka sebelum mereka mati.


* BERINGATLAH WAHAI WANITA

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE PENDAHULUAN )

PAPARAN UTAMA

* A M I N *

PENDAHULUAN