Ditulis oleh : ASAS

P E D O M A N

Email : asassg@yahoo.com

   Kuliah: Ust. Abdullah Loutfi                                                                                  


W A S I A T



PENDAHULUAN

Perkara yang mulia disi Allah, hendaklah kita berilmu dan berperangai baik. Ilmu yang kita pelajari semuanya ilmu yang mengikut kehendak Allah s.w.t sepertimana yang di tunjukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu itu kerja Allah s.w.t untuk memberi Nur (petenjuk) kepada umat manusia. Apabila kita menuntut ilmu Allah, hendaklah kita memberi tumpuan tampa ragu-ragu. Tiada guna kita belajar banyak, tetapi tidak diamalkan. Kesudahannya Ilmu yang kita pelajari akan menjadi sebagi ilmu pengatahuan biasa saja, tampa mendapat faedah dari padanya.

Amalan akan menjadi baik jika sesaorang itu berilmu.Hedaklah kita belajar dan mengamalkannya, tampa amalan ilmu itu tidak menjadi Nur kepada kita.

Rasulullah s.a.w bersabda: Orang alim itu ialah orang yang beramal dengan apa yang ia tahu.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.

Kita berpenat lelah di dunia untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t, untuk dibawa sebagi bekalan di akhirat. Metelamat (tujuan) kita untuk mendapatkan keredhan Allah, bagi mendapatkan Syurga Allah. Kita hidup hendaklah ada tujuan, Tujuan kita atau metalamat kita semuanya hendak memasuki syurga Allah, semuanya tidak mahu masuk neraka. Tetapi cuba kita ukur adakah amalan kita hari-hari boleh menjamin kita diakhirat nati atau sebaliknya…fikirkanlah!. sebagai bekalan kita menghadapi makamah Allah. Disana semua perkerjan kita, apa yang kita lakukan akan di bentangkan satu persatu dengan begirtu terang (jelas), adakah kita berhak memasuki syurga Allah atau sebalik nya.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 40.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisaa’ ayat 40)

Allah berfirman dalam surah Az-Zalzalah ayat 6 hingga 8.

Yang bermaksud: Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah ayat 6 hingga 8)

WASIAT

Wasiat bermana perintah, wasiat ini ditujukan kepada manusia. Sesiapa yang melangar wasiat Allah, maka balasannya adalah sangat pedih.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 7)

Yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah ayat 7)

Misalnya… Ketika kedua ibubapa kita meninggal dunia, mereka telah mewasiatkan sesuatu kepada kita. Adakah kita wajib melaksanakan wasiat itu? Jawabnya adalah wajib. Bagaimana pula Allah yang mewasiatkan (memerentah/menyuruh) kita untuk melaksanakannya?. Apabila kita faham wasiat Allah, maka kita wajib menunaikannya. Apabila kita mengabaikannya, maka buruklah balasannya di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 14.

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. (An Nisaa’ ayat 14)

Allah berwasiat agar kita taat kepada kedua ibubapa kita. Allah berfirman dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 & 16.

Yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka. (Al-Ahqaaf ayat 15 & 16)

Hendaklah kita membalas jasa kedua ibubapa dengan mengikut segala perintah mereka (perintah yang baik), membuat baik kepada mereka, hendaklah kita khidmat kepada mereka, walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, wang ringgit, jangan belaku sebarang perkataan /perbuatan kasar, hendaklah kita bersopan santun kepada mereka dan sebagainya.

Jika kedunya telah kembali kepada Allah, hendaklah kita melaksanakan empat (4) perkara:

  1. Sentiasa berdoa kepada Allah .
  2. Sentiasa meminta ampun untuk mereka dari pada Allah.
  3. Melaksanakan janji-janji kedua ibubapa kita.
  4. Memuliakan sahabat-sahabat kedua ibubapa kita.

Tiap-tiap dosa akan ditangguh (lambat) pembalasannya sehingga hari kiamat, melainkan dosa kepada ibubapa akan dibalas didunia (disegera).

Allah berwasiat dalam surah Al-Israa’ ayat 23 & 24 firmanNya:.

Yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa’ ayat 23 & 24)

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 36 & 59.

Yang bermaksud: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (An-Nisaa’ ayat 36)

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa’ ayat 59)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

  • Aku wasiatkan kepada kamu semua "Bertakwalah kamu kepada Allah".

  • Sesungguhnya umatku yang hidup sesudahku akan dapat melihat banyak berpecah belah, maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku.

  • Gigitlah sunnahku dengan gigi garham kamu dengan kuat.

  • Jagalah umatku! janganlah kamu mereka-reka agama. Orang yang mereka-reka agama adalah bidaah.

Sembah bermakna: Ibadat – Patuh – Ikut perintah – Ta’at

Tedapat banyak wasiat Allah yang diperintahkan di dalam Al-Quran. Cari, baca, fahamilah dan taatilah wasiat (perintah) Allah s.w.t kepada kita umat manusia, dengan sentiasa beribadat kepadaNya, taatlah kepada Rasulullah s.a.w., berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jagalah sembahyang kamu, berpuasa dibulan Ramadhan, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah, menghalalkan apa yang halalkan oleh Allah dan selanjutnya. Semoga kita mendapat keampunan dari Allah s.w.t. Segala ilmu yang kita baca dan fahami diatas hendaklah kita amalkan, seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.


* A L H A M D U L I L L A H *

( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE AKIDAH )

PEDOMAN IKHLAS

* A M I N *

AKIDAH