Kita hendaklah menunjukan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Nabi s.a.w sendiri bersyukur kepada Allah diatas kelahirannya dengan berpuasa.
Nabi s.a.w berpuasa pada hari Isnin kerana ia di lahirkan pada hari Isnin dan Al-Qur'an juga diturunkan pada hari Isnin.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Bakar mengimami sembahyang orang ramai ketika Rasulullah s.a.w dalam kesakitan yang menyebabkan kewafatan baginda. Pada hari Isnin, ketika para sahabat sedang mendirikan sembahyang, Rasulullah s.a.w membuka tirai dan berdiri memandang kami. Wajah baginda putih berseri umpama kertas, lalu baginda tersenyum lebar hingga tertawa. Anas berkata: Kami yang sedang sembahyang menjadi tercegang kehairanan dan cukup senang hati kerana Rasulullah s.a.w keluar. Abu Bakar tanpa membuang masa terus berundur menghampiri saf kerana menyangka Rasulullah s.a.w keluar untuk sembahyang. Lalu baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya menyempurnakan sembahyang. Anas berkata: Rasulullah s.a.w kemudiannya kembali memasuki bilik dan menjatuhkan tirai. Anas berkata: Hari tersebutlah, berlakunya kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
Kesyukuran dan kegembiraan kelahiran Nabi s.a.w di tuntut untuk melahirkan kegembiraan di atas perintah Al-Qur'an.
Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 58
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan
Al-Quran itulah Hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
Allah berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 107
Yang bermaksud. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Baginda s.a.w sangat mengimbil berat di atas ikatan masa dengan peristiwa agama dan ia gunakan sabagai kehidupan Baginda.
Selawat dan salam keatas Nabi s.a.w di tuntut
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzaab ayat 56
Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatam yang sepenuhnya.
Kita di tuntut supaya mengikut Nabi s.a.w (mencontohi) dan beriman kepadanya, serta mempercayai mukzizat yang ada padanya dan kata-katanya (sunah).
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzaab ayat 41.
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
Allah berfirman dalam surah Al-Jumaa'h ayat 2
Yang bermaksud: Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata
Hendaklah kita mengetahui sifat-sifat Nabi s.a.w iaitu yang sempurna dan akhlaknya yang mulia.
Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 60.
Yang bermaksud: Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tiap-tiap manusia itu suka pada benda yang cantik. Yang tercantik ialah Nabi s.a.w pada perangainya, ilmunya, kerjanya serta akhlak yang mulia (ia dituntut dalam syarak).
Membesarkan Nabi s.a.w adalah di syaratkan buat kenduri, menderma kepada fakir miskin. Kita hendaklah menghidupkan syia'ar Islam.
Nabi s.a.w pernah bersabda, kelebihan hari jumaat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu
* Hari Jumaat ini adalah hari Allah s.w.t jadikan Nabi Adam a.s.
Perkara yang sangat baik dan di tuntut oleh syarak
* Apa sahaja yang orang -orang muslim nampak perkara itu molek, maka moleklah pada pandangan Allah dan apa sahaja yang di pandang kotor, maka kotorlah pada pandangan Allah.
Allah berfirman dalam surah Al-Furqaan ayat 23.
Yang bermaksud: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 145.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kita hendaklah menyambut maulut pada tiap-tiap tahun pada 12 Rabi'ul-awal adalah hari lahir Nabi Muhammad s.a.w
Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 120.
Yang bermaksud: Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidaah ayat 19.
Yang bermaksud: Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): "Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam ayat 48.
Yang bermaksud: Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.
Bukan tiap-tiap perkara yang tidak dibuat oleh orang-orang solatulsalleh (orang-orang Islam dahulu kala (permulaan Islam) adalah bidaah
Para Ulamak membahagikan Bidaah kepada lima bahagian:
1. Bidaah wajib - Menolak/membantah atas ahli yang condong
(menyampang) pada kesesatan dan wajib reka belajar ilmu nahu.
2. Bidaah sunat - Kita buat rumah orang tua, azan atas menara, membuat
sekolah dll.
3. Bidaah makruh - Menghias masjid, mengukir Qur'an dll.
4. Bidaah harus - mengayak tepung, membuat alas makan dll.
5. Bidaah haram - Orang-orang yang mereka (reka) sesuatu yang
menyalahi sunah seperti: (membuat kelab, tempat berjudi, tempat
berhibur dan tidak mengandungi dalil-dalil syarak).
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 219
Yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Allah berfirman dalam surah Al-Maaidah ayat 90 & 91.
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Bukan semua bidaah itu haram, kalau tiap-tiap bidaah itu haram nescaya Abu Bakar Siddiq, Umar Ibnul Khattab dan Zaid bin Tsabit tidak mereka-reka Al-Qur'an dan Umar Ibnul Khattab mereka-reka Kai-Mu-Lai tetapi mereka-reka perkara yang bertujuan jahat dan sesat itu
haram.
Allah berfirman dalam Surah An-Nisaa' ayat 69.
Yang bermaksud: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Allah berfirman dalam Surah A-Li 'Imran ayat 31.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya kita menyambut hari kelahiran Nabi s.a.w adalah bidaah (reka), tetapi reka ini adalah reka yang baik (hasanah).
Allah berfirman didalam surah Hud ayat 13.
Yang bermaksud: Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Tiap-tiap perkara yang tiada di zaman Nabi s.a.w (permulaan Islam dalam bentuk sosil) tetapi perbandingannya ada, maka di tuntut dalam syarak.
* Faedah apa yang terdiri (tersusun) dalam syarak adalah syarak.
Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 37.
Yang bermaksud: Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
* (Sosil = bercampur-gaul)
( SILA TEKAN BERIKUT UNTUK KE SAMBUNGAN PEDOMAN MAULUD )